Kevin Zahri berkongsi rahsia diet

Lifestyle Guru Kevin Zahri Berkongsi Tip Diet

Dikenali sebagai ‘Cikgu Fitness’, penglibatannya di dalam dunia kesihatan dan kecergasan badan sudah pun menjangkau lebih sedekad. Kevin Zahri terus kukuh mendominasi arena kesihatan dan menjadi pilihan utama buat yang ingin menurunkan berat badan.
 
kevin-zahri-1
 
Mengapa amalan pemakanan sihat sangat penting dalam kehidupan seharian?
Memetik kata dari orang barat, “you are what you eat.” Jadi kalau pemakanan sihat, seimbang dan sesuai dengan keperluan badan, lebih mudah untuk kekalkan kesihatan badan untuk jangka masa yang berpanjangan.
 
Adakah surgeri seperti liposuction membantu dalam mengawal berat badan seseorang untuk tampil langsing secara mudah dan cepat? Pendapat anda?
Liposuction adalah pilihan individu itu sendiri. Tetapi ia bukanlah jalan penyelesaian untuk jangka masa berpanjangan. Malah ia mahal, perlukan pembedahan lanjutan dan proses pemulihan pembedahan mungkin memakan masa lebih panjang bergantung pada kadar pembedahan itu. Tiada jalan mudah untuk melangsingkan badan.
 
Saranan pemakanan sihat dan seimbang buat wanita bekerjaya yang sibuk dan apakah diet serta jenis senaman ringan yang boleh diamalkan untuk kekal cergas dan cerdas.
Pemakanan harian buat wanita yang sibuk bekerjaya tidak berbeza dengan yang lain. Dari segi nutrisi wanita tersebut mungkin perlu membawa snek seperti cereal bar untuk bekalan nutrisi dan harus mengawal selera makan untuk mengamalkan corak pemakanan sihat. Jikalau sibuk berjalan dan banyak bergerak, itu sebenarnya satu kelebihan berbanding wanita yang desk-bound. Tetapi kepada wanita yang sibuk, adalah penting untuk mereka mengawal stres kehidupan.
 
Tip untuk badan kekal langsing tanpa mengamalkan senaman yang berat?
Untuk kekal langsing senaman berat tidak diperlukan secara berlebihan. Yang perlu adalah pemakanan yang sihat atau baik beserta dengan gabungan gaya hidup aktif.
 
 

See also
#TheBurberryConservatory Berlabuh Di Malaysia