Lifestyle Guru: Amber Chia Berkongsi Rahsia Kejayaan - Glam Malaysia

Lifestyle Guru: Amber Chia Berkongsi Rahsia Kejayaan

amber

Gambar: Arkib GLAM


 
Auranya kukuh mendominasi arena fesyen. Kekal sebagai peragawati tersohor tempatan dan luar negara, Amber Chia terus menjadi pilihan utama jenama global.
 
Apakah rahsia kejayaan dan bertahan dalam industri?

Passion! Bidang peragaan umpama nadi saya. Berkecimpung dalam bidang ini menuntut azam yang kuat namun kerja kuat perlu di lakukan untuk mengekalkannya. The demands of this industry is ever changing, and I must ensure that I am always in a good state of health to keep up.
 
Boleh kongsi pengalaman anda sewaktu terlibat dengan kerja amal dan bagaimana ia mampu membawa perubahan?

One of the main cause that I advocate is breast cancer awareness. Ia amat dekat dengan pengalaman yang lalui di mana saya kehilangan sesesorang yang disayangi kerana penyakit ini. Saya juga terlibat dengan kerja kebajikan dari pelbagai peringkat seperti kanak-kanak, orang tua, OKU malah haiwan peliharaan. Sebagai personaliti, saya berupaya menyuarakan pandangan mengenai kesedaran dan kepentingan kerja amal.
 
Kenangan terindah anda sewaktu berada di pentas peragaan?

See also
Dress Dramatik Tyra Banks Mengundang Kritikan Di Media Sosial

Semestinya saat kali pertama berada di pentas peragaan pada 1999. Saya masih ingat momen itu sehingga sekarang dan ia berlangsung di saat pengiraan detik tahun baru di Bukit Bintang. That was when my childhood dreams of being an actual model came true!
 
Nasihat anda kepada wanita yang ingin tampil berjaya?

Sentiasa berfikiran positif adalah kunci kejayaan. I always believe that if you ‘think good’, you will also ‘feel good’. Percaya kepada kebolehan diri, berani untuk bercita-cita tinggi serta when you never try, you will never know.
 
Cara anda mengekalkan kecerdasan?

Semestinya mengamalkan yoga dan aktif bersukan bersama anak saya seperti bermain bola.
 
Bagaimana segala-galanya bermula?

Pensonic  adalah salah jenama kegemaran saya dan bertuah kerana diundangkan untuk bekerjasama dengan lebih rapat sejak 2006, jalinan ini terus kekal sehingga kini. Antara penglibatan saya bersama Pensonic ialah rakaman Pensonic Pensonic Friends TVC yang disiarkan dalam iklan Pensonic BOLD Fan TV. Kerjasama dengan jenama hebat ini nyata berbaloi di mana saya dapat berpeluang mengenali teman baru daripada setiap pelosok latar belakang dan kerjaya. Tidak lupa juga, Nelson Chew who is also a very good friend of mine that provides me endless support.
 
Perasaan anda apabila Pensonic menghasilkan siri produk menggunakan nama Amber Chia.

See also
Hadiah Perkahwinan Selebriti Termahal Di Dunia

Saya cukup berbesar hati dan bertuah kerana dipilih oleh Pensonic sebagai duta. Seperti umum ketahui, pengering rambut adalah peralatan yang penting dalam kehidupan seharian terutamanya wanita, begitu juga saya. Saya berharap kolaborasi ini akan memberikan impak yang lebih baik dan mendedahkan kepentingan kecantikan penjagaan rambut yang mampu menyerlahkan personaliti serta imej seseorang.