Korner Mak Datin: Kerana Harta Dan Jenama, Anak Muda Berlagak Dewasa

Korner Mak Datin: Kerana Harta Dan Jenama, Anak Muda Berlagak Dewasa

DatinMuda_Suzana_Okt2012Gambar: Arkib GLAM

 
*Seperti yang diceritakan oleh Amira kepada Datin Julia
 
Zarra Rahman mengambil Evian dingin dari peti sejuk lalu dituangnya ke dalam gelas, dikoyaknya sachet serbuk diet supplement buat menahan perut lapar supaya sentiasa kenyang. Lalu dibukanya pula satu bekas kecil bertulis abjad S, M, T, W, T, F, S. Setiap satu mengandungi tujuh biji pil, dibawanya sebagai bekalan ke pejabat. Rutin harian Zarra jelas menunjukkan dia memang wanita cerewet berselera tinggi. Itu baru supplement, belum masuk suntikan botox, pengambilan kolagen dan spa oksigen. Lihat sahaja dirinya, kulitnya putih mulus, badannya langsing, pinggangnya ramping, payudara montok (dikatakan orang sebab pembedahan plastik), hidung terletak dan pipi gebu disebabkan filler. Aura wanita cantik dan kaya terserlah tetapi sayang sekali cantik sebegini pun masih berstatus single.
 
Rolex bersadur emas bertatah berlian di pergelangan tangannya menunjukkan pukul 2.45 petang. Hari ini, Zarra Rahman memilih skirt suit MaxMara dan tali pinggang Louis Vuitton. Di leher diikat skarf sutera corak harimau dan di kolar baju disematnya sekuntum mawar merah menyuntik stail korporat yang cukup bergaya. Selesai mesyuarat penting, singgah ke butik Diane Von Furstenberg mahu mengintai dress yang dilihatnya dalam laman Net-A-Porter tadi. Suka hatinya melihat dress terrsebut telah pun sampai, tidak sabar dia mahu memakainya ke parti hujung minggu nanti.
 
Duduk di penthouse di tengah-tengah bandar, kereta mewah tiga buah, dengar ceritanya dia wanita simpanan beberapa VVIP. Seperti rama-rama, dia akan hinggap pula di tubuh beberapa orang lain. Habis madu, sepah dibuang. Terbalik pula! Ada juga dengar, kononnya dia telah berkahwin dengan VVIP di luar negara. Tetapi tiada kesahihannya. Zarra Rahman itu bijak. Slept all the way to the top, kini menyandang jawatan besar sambil menguruskan perniagaan sendiri, salah satu cara untuk mengaburi mata orang agar tiada yang mengatakan dia wanita simpanan. Tetapi bila melihat dia pergi ke parti, dihantar oleh pemandu peribadi, dengan subang dan cincin berlian besar yang entah berapa karatlah agaknya… memang ramailah sangsi, skandal makin hangat mengatakan Zarra mempunyai sugar daddy!
 
Tetapi nama pun hidup seperti burung dalam sangkar emas, tidak boleh sembarangan. Walaupun duit banyak, berkepuk-kepuk tetapi hidup tak macam orang lain. Di dunia ini setiap manusia ada bahagian masing-masing, terserah kepada pilihan. Dia memilih untuk hidup kaya raya kerana itu lebih membahagiakan tetapi tidak boleh berkahwin dan jangan menonjolkan diri. Hidup diberikan pilihan, mahu kekayaan kena jadi simpanan, hidup sendirian atau mahu ditinggalkan. Keluarga Zarra bukanlah miskin sangat. Tapi cita-citanya tinggi melangit, mahu hidup senang cepat. Dulu masa dia baru ‘berjinak-jinak’ tackle orang kaya, khabarnya sanggup dia meniduri orang kaya tua kerepot sekalipun hanya untuk sepasang kasut Louboutin. MasyaAllah, apalah nak jadi dengan dunia?
 
Zarra Rahman juga seorang yang licik, bila mahu keluar jumpa ‘client’, dia tidak mahu wajahnya dikenali. Mengetahui Datuk yang sedang dia servis itu sedang berurusan di luar negara, dia mengatur langkah dating dengan orang lain. Tempah suite hotel eksklusif, siap security yang ketat sekali. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Salah seorang pasangan Zarra dapat tahu tipu muslihatnya lalu merampas kembali saham wanita itu dari syarikatnya. Ada seorang ahli perniagaan ini pula khabarnya minta dipulangkan semula kereta mewah yang pernah dibelikannya buat Zarra. Sebab tak mahu rahsianya diketahui ramai, Zarra beralah saja. Mungkin dalam hatinya, dia yakin dengan kecantikan dan liuk lentuknya yang menggoda, pasti sekali petik jari, sepuluh lagi akan mari.
 
Zarra punya fasal, satu KL jadi kecoh. Bini-bini Datuk semua mula tak senang duduk. Masing-masing berteka-teki, apakah suami mereka juga pergi mendapatkan ‘khidmat’ wanita durjana itu sebab maklumlah, perempuan muda cantik yang manis mulut seperti Zarra sungguh cunning orangnya, bak kata orang pijak semut pun tak mati. Mendengar skandal terbaru Zarra yang tembelangnya sudah pecah, mak-mak Datin semua mula naik kecut, takut kalau-kalau suami diorang yang dikejarkan pula. Sekali pandang macam tak percaya saja yang Zarra ini kaki perangkap dan kerjanya hanya menjerat orang kaya alkisahnya.
 
Paling jelas sekali apabila majlis menjadi tegang bila Zarra hadir tunjuk muka. Tak kiralah kenduri kahwin ataupun parti fesyen di ibu kota. Dari semua orang gelak bersuka, tiba-tiba senyap seribu bahasa apabila menyedari yang Zarra ada dalam bilik yang sama, berkebaya renda ketat menampakkan setiap inci lekuk di tubuhnya. Matanya seperti meliar mencari mangsa. Mestilah, acara malam itu senarai tetamunya semua VVIP belaka. Inilah waktunya bagi Zarra untuk memancing ‘projek’ terbarunya.
 
Sebab Zarra datang berseorangan, dia dipersilakan duduk diapit pasangan-pasangan dari kalangan orang penting-penting juga. Sang suami senyum lebar, yang isteri pula buat muka kelat. Suasana jadi serba tak kena lebih-lebih lagi bila Zarra mula small talk dengan seorang Datuk yang betul-betul duduk di sebelahnya. Oh, malangnya nasib si isteri Datuk itu!
 
“Siapalah yang jemput dia? Kalau I tahu dia ada, tak inginnya I nak bersiap bersusah-payah meredah jem sebab nak datang ke sini!” dengus Datin Ann kepada kawan-kawan semeja. “Ya lah, who invited her? Patutnya nama dia dikeluarkan terus dari guest list. Kita baru nak jamah makanan, terus rasa tak selera!” seorang lagi teman mencurah minyak pada api yang sedang marak menyala.
 
“You all tak rasa pelik ke? Angin tak ada, ribut tak ada… tiba-tiba dia kumpul harta entah datang dari mana. Nak kata business sendiri, apalah sangat dengan syarikat dia tu yang hidup segan mati tak mahu. Kalau iya pun peniagaannya berjaya, jadi mana buktinya? Budak usia 20-an kalau benar-benar berjaya sebegitu, hei… dah lama masuk paper lah! Kereta bertukar ganti, duduk kondo harga dua juta. I ni pun fikir lapan sembilan kali kalau nak berbelanja beli beg beribu, tapi Zarra boleh beli lima sekali gus round up dalam satu resit. Apa maksudnya tu? Ha… itulah pelacur kelas pertama namanya. Konon di lounge hotel, talk business juta-juta, kemudian naik bilik. Turun saja, muka senyumlah sebab dah dapat ‘bayarannya’… cek entah berapa ratus ribulah gamaknya!”
 
Aku rasa tersentap mendengar perbualan yang sebegitu terbuka berlangsung di sebuah majlis kenduri kahwin. Tapi aku juga faham betapa hancurnya hati Datin Ann mengenangkan suaminya juga pernah ada ‘sejarah’ bersama Zarra. Macam-macam Datin Ann buat bagi mengembalikan ‘kewarasan’ suaminya yang jadi gila bayang dek cinta buta terhadap Zarra yang waktu itu seusia dengan anak gadis mereka. “I tak faham budak-budak muda zaman sekarang. Memang tak tahu malu. Apa masalah mereka sampai sanggup nak mengurat lelaki yang usianya sama dengan bapa sendiri? Dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni, kenapa Zarra pilih suami I? Hensem tak, kaya raya sangat pun tak. Baru saja I nak merasa melalui hari-hari tua bersama suami dengan tenang. Then, this episode happened. I kecewa tak tahu nak pula macam mana,” luah Datin Ann lagi hingga membuatkan tetamu semeja bergenang air mata.
 
Ini cakap kisah seorang pelakon, sebelum ini ada tulis dalam blog dan akhbar mengatakan dia melakukan pembedahan plastik tetapi seperti selalu dia menafikannya. Hakikatnya pergi ke Bangkok buat muka, dagu dan hidung tetapi di sana dia camouflage dengan memakai purdah. Kebetulan nasibnya tidak berapa baik kerana ada salah seorang teman pelakon yang turut melakukan pembedahan plastik mengunakan khidmat doktor yang sama. Apalagi dipukul canang pasal artis ini, gara-gara terserempak dengan pelakon itu di kedai makan sedang membuka purdah, nampak ada bahagian mukanya ada sedikit iritasi sehingga wajahnya nampak kemerah-merahan. Bila gosip ‘buat muka’ tersebar luas dia masih lagi menafikannya. Dia memberi alasan memakai purdah sebagai langkah berjaga-jaga kerana takut gejala H1N1. Padahalnya kes pelakon tersebut lebih kurang juga dengan kisah Zarra Rahman yang buat satu badan sebab nak perangkap lelaki berduit.
 
“Dia ingat orang kita bodoh, kalau bagi alasan fikirlah pakai otak. Meskipun gejala itu sedang menular kenapa kau berani mati pergi ke sana?” komen Ifa selepas membaca salah satu ruangan gosip.“You ni, manusia mana ada yang sempurna. Sebab dia selebriti apa dia buat diperhati. Bila tak cantik kau orang kutuk, bila buat pembedahan plastik jadi cantik kutuk juga. Susahnya nak senangkan hati semua orang, biarlah mereka senangkan hati sendiri sebabnya mereka mampu!” kataku.
 
“Oh, please! I menyampah betul…katanya teknik solekan konon. Yang peliknya muda-muda lagi dah pandai inject botox, ada pula dah pandai nak inject punggung. Umur 17 tahun dah buat hidung, bibir, pipi. I perasan sekarang ramai remaja sudah tua sebelum waktunya. Mungkin pengaruh ibu-ibu mereka yang obses nak cantik, anak pula yang terikut-ikut mahu sama cantik. So spoiled!” kata Ifa lagi tak puas hati. “Itu kalau tak dijaga betul-betul, silap hari bulan sebab terdesak dan mahu menunjuk pada kawan, nanti terikut jejak si Zarra pula. Sebab nak pakai baju branded, nak bawa beg mahal dan kasut mahal, sanggup jual badan gadai maruah. Eh, you ingat budak-budak sekarang ambil pusing ke pasal maruah? Money talks, they don’t care about anything else!” Aku hanya tersenyum mendengar bebelan Ifa, walau tak dinafikan aku bersetuju dengan hujahnya.
 
“I boleh terima kalau usia sudah 35 tahun ke atas. Bila dah berdikari, ada duit sendiri. Okeylah, kalau mahu cantik tetapi kena ada duit untuk maintain. Budak sekarang ni, umur baru 17 tahun, gaya macam 29! Dah pandai berlagak seperti orang dewasa. Kalau time I dulu umur 17, I masih terkinja-kinja pakai sneakers Converse, seluar jean, baju-T, beg sandang…sekarang budak tingkatan tiga pun sudah pandai minta maknya beg Chanel!” Sambung Ifa, “That’s why I boleh naik suara kalau I nampak anak-anak dara I tengok cerita Kardashian tu! My God! Risau I kalau-kalau dia orang terikut-ikut dengan budaya tak senonoh family itu. Minta simpang!” Budak-budak sekarang sudah tidak boleh nak beza umur sebab semua penampilan macam wanita dewasa. Habis tu macam mana?
 
Zarra Rahman yang baru saja berusia 30 tahun, sekarang ini gayanya macam wanita yang sudah terlalu matang. Mungkin banyak sangat pengalaman menipu orang, menjadi pelayan di ranjang. Been there, done that. Kalau suatu hari nanti dia bertemu bakal jodohnya, aku rasa teramat kasihan kepada lelaki itu. Zarra itu bukan lagi second atau third hand tapi dah worn out! Seloroh Ifa yang membuatkan aku ketawa hingga rasa seperti nak terkucil, “Bawah dah haus? Hei, you ingat bebudak sekarang bodoh macam dulu? I’m sure klinik surgery itu pun ada sediakan servis vagina reconstruction. Kasi ketat balik. Ah, tak kuasa!” Sayangnya masa remaja mereka telah dituakan, harap-harap sesiapa yang membaca punya anak gadis, tengok-tengokkanlah apa aktiviti harian mereka. Takut-takut terjerat dengan budaya mahu bergaya tapi tubuh badan pula yang digadainya.
 
 

See also
CEO J. Crew Bakal Mengundurkan Diri