Korner Mak Datin: Hidup Datin Porak Peranda Kerana Ketagih Tilik Nasib - Glam Malaysia

Korner Mak Datin: Hidup Datin Porak Peranda Kerana Ketagih Tilik Nasib

datin3 mono NOISE

Gambar: Arkib GLAM


 
Seperti yang diceritakan oleh Nadia kepada Datin Julia
 
Tangan mulus Datin Dahlia disuakan kepada Madam Zarra. Wanita yang mencecah usia 50 tahun itu memegang dan mengelus lembut telapak tangannya. Lantas dia merenug. Sekejap dahinya dikerutkan,kemudian direnungnya pula anak mata Dahlia sambil mengecilkan matanya. Kaca mata yang berkanta kecil mula turun sedikit demi sedikit ke bawah batang hidung. Sesekali dia memejamkan mata, mulutnya terkumat-kamit.
 
Mungkin begitu caranya dia mendapat maklumat dari minda, firasat dan mungkin juga kuasa psikiknya membolehkan dia mennafsir rahsia di sebalik jutaan garis-garis halus yang berselirat di tapak tangan dengan makrifat sendiri. Aku melihat sahaja gelagat Madam tetapi di dalam hati ada juga terbit rasa was-was entahkan betul entahkan tidak hasil tilikannya itu. Aku mendengar sahaja dan sudah sedia simpan komen bila selesai sahaja sesi ini nanti banyak yang perlu ditanyakan kepada Dahlia. Sesekali aku curi-crui dengar apa kata Madam Zarra mengenai tafsiran tilikan tangan Dahlia itu.
 
“You have a good luck. One day you’ll become iron lady. Your business doing very well. Within two weeks you get more money and you get big project. Make sure you take all the opportunity, don.t miss it bla… bla… bla,” suara lembut Madam Zarra yang samar-samar aku dengar dari ruang tamu. Sesekali kedengaran hilai-tawa mereka, namun aku tidak berminat untuk ambil tahu. Aku ralit membaca majalah  dan keratan beberapa surat khabar tentang kehebatan Madam Zarra sebagai peramal masa depan dan juga pakar astrologi lebih menarik minat aku. Hakikatnya Madam Zarra bukan calang-calang orang, pelanggannya pula di kalangan VVIP yang sanggup berjam-jam menunggu dan bertemu dengannya untuk mendapatkan khidmatnya.
 
Kemudian Madam Zarra meminta Dahlia mengambil beberapa kad Tarot, dipilih disusun di atas meja dan dia menerangkan satu persatu tentangnya. Kemudian dia menulis angka yang diambil dari tarikh lahir Dahlia dan suaminya kemudian dikira-kira menggunakan kalkulator dan sesekali dia bertanya tentang waktu pada jam tangan Dahlia, dan membuat perkiraan kemudian diterangkan satu persatu perihal Dahlia dan juga suami.
 
Begitulah lebih kurang proses yang aku lihat sendiri bagaimana peringkat-peringkat tilikan yang dilakukan oleh Madam Zarra untuk setiap sesinya. Dahlia mempelawa aku, namun aku menolak secara baik, kerana aku berpegang pada prinsip tidak mahu menilik apa yang akan berlaku di masa depan malah lebih baik memikirkan apa yang harus aku lakukan untuk menempuh beberapa tahun akan datang.
 
“Datin Raihana yang recommend I jumpa Madam Zarra itu. Ramailah VVIP, ada juga Menteri datang berjumpa dia. Inilah kali pertama I pergi. Seriously… she is amazing. You know what, kali pertama dia lihat I saja, dia sudah boleh beritahu segala-galanya mengenai kehidupan I. Kebanyakannya tepat dan benar teurtama mengenai cinta dan karier I. She is so damn good.”
 
“Hey… wait. Stop it! Sejak bila pula you sudah pandai tilik nasib, you tahu hukumnya haram tau! Bermakna you tidak percaya qada dan qadar. Pelik juga I, you tak percaya bomoh tetapi dah suka tilik nasib pula ya,” sindirku sambil menjeling. “Kalau fikir haram semua haram, tetapi bergantung kepada niat kita juga. I buat suka-suka sahaja. Sekurang-kurangnya kita bersedia dengan segala kemungkinan,” jawab Dahlia tidak mahu mengaku kalah mempertahankan bahawa perbuatan itu dianggapnya tiada salah.
 
“Kenapa tak tanya bila you nak mati? So you boleh lengkapkan diri dengan amal ibadah yang kurang, ada juga bekalan nak bawa mati,” kataku menyindir. “Damn! you should pray for the good thing tho. You nak carut I ke apa nih? Hello my friend… jodoh, rezeki dan ajal semua rahsia Tuhan kepada manusia,” jawab Dahlia membalas jelingan dekat kepadaku “Tau pun, jadi kenapa buat benda ni? Ia salah, darling!,” balasku lagi.
 
“I’m just doing it for fun,” ujarnya lagi. Kalau jumpa bomoh selalu bayarannya berapa-berapa ikut suka hati atau duit pengeras. Ini jumpa tukang tilik nasib berapa pula you bayar. How much you pay her?,” tanyaku lagi. “RM500 untuk sejam,” jawab Datin Dahlia sambil mengira wang tunai di dalam dompet Louis Vuittonnya. TIba-tiba mataku terpandang gelang kristal di tangan Dahlia, sakit pula mataku melihatnya.
 
Selama aku mengenali Dahlia, dia memang tidak berkenan memakai gelang yang nampak urah, tambahan pula kalau gelang kristal murah itu. Terus aku ajukkan pertanyaan, ” Sejak bila pula you pandai pakai gelang kristal macam ini, bukan dulu you allergic sebab nampak murah. Kata you semua aksesori you mesti branded, Louis Vuitton, Dior, Cartier tapi tiba-tiba you pakai gelang ini. Apa yang dah jadi ni Dahlia?,” kataku sambil membelek gelang itu.
 
“Tolong jangan nak perli. Aku benci. Aku beli dari Madam Zarra, it’s just lucky bracelet. Gelang kristal ada aura bagus untuk badan kita, jadi kalau kita pakai ia mendatangkan ion positif dalam diri,” terang Dahlia. “Really? Berapa?” tanyaku lagi. “RM500 saja,” jawab Dahlia sambil membelek-belek lagi gelang kristal gabungan warna turqoise dan mint green itu.
 
“Apa? RM500, oh my God! gila ke? Kalau jumpa bomoh bawa balik limau, kalau jumpa tukang tilik you bawa balik gelang kristal RM500 pula ya. You memang class Dahlia! Well, okay, Whatever!” Terkejut besar aku melihat gelang kristal yang boleh didapati bersepah di pasar malam dijual dengan harga berganda-ganda, memang tidak boleh diterima akal. Bayangkan dia sanggup membayar RM500 sekali sesi tilikan kemudian beli gelang kristal yang bodoh itu dengan harga RM500. Untungnya jadi peramal masa depan hanya beberapa jam bijak berkata-kata dan gunakan kelebihan deria keenam dan bermodalkan ‘air liur’, rang boleh percaya! Hidup boleh jadi senang. Gila! Dahlia kau memang buat kerja gila!
 
Dahlia segera menghubungi Datin Raihana meceritakan pengalamannya bertemu Madam Zarra. Aku tidak mahu komen lebih-lebih hanya diam dan mendengar sahaja perbualan di telefon bimbit keseronokan Dahia bertemu tukang tilik. Nampaknya Dahlia semakinkemaruk, boleh dikatakan setiap minggu dia bertemu Madam Zarra. “Tengok rantai dengan cincin I beli dari Madam Zarra, katanya pakai nombor enam kerana ia nombor bertuah I. Sebab dia kira-kira dari tarikh lahir  I dengan suami kami mewakili nombor enam. Katanya dalam setiap minit, setiap jam, tarikh nasib kita akan berubah-ubah, nombor ini bawa tuah dan lebih banyak datang rezeki,” kata Dahlia bersungguh.
 
“Kata Madam Zarra atau kata kau!” jawabku tersenyum sinis. Aku jadi semakin hairan. Kalau dulu mula-mula aku lihat dia memakai gelang kristal kali ini lain pula, Dahlia memakai rantai bersimbol enam berhias berlian dan cincin juga simbol sama. Entah kenapa dia jadi begitu sejak bertemu Madam Zarra. Apabila bertemu dengan teman-teman aku rasakan dia seperti pegawai promosi yang tidak bergaji bukan main sibuk promosi pasal Madam Zarra kepada teman-teman rapatnya. Bukan itu sahaja mana yang teruja mendengar cerita Dahlia mahu membuat tea party dan menjemput Madam Zarra sebagai tetamu.
 
“Datanglah hujung minggu ini, I buat tea party. Kawan-kawan kita yang lain bolehlah jumpa Madam Zarra mesti seronok mereka,” pelawa Dahlia kepada aku. Awal-awal lagi aku sudah menolak dan beri alasan aku tidak berminat dan sempat aku menyindir Dahlia “Aku boleh gerenti lepas ini pasti ramailah yang akan pakai gelang kristal murah dan rantai cincin bertuah kan?” Tidak sangka yang jawapanku itu terus menimbulkan kemarahan Dahlia. Mukanya jadi merah padam. Dahlia mula naik hantu, maka terjadi pertengkaran yang paling besar di antara kami. “Shut up big mouth! Cukup! I hate you. Aku dah tak sabar dengan kau. Kau selalu cakap nak menyakitkan hati aku. Cermin muka kau dulu sebelum nak sound orang. Kau busuk hati, cemburu apa yang aku ada. Kau apa yang ada? Kau tengok diri kau itu dulu, tak cantik, gemuk, tak glamor. Biadap! Dahlah bodoh, jangan jadi lagi bodoh!,” kata Dahlia mengamuk terus meninggalkan aku.
 
Aku terpempan seketika. “Dahlia! You talk like there’s no tomorrow. Okey. I’m fine, I mintak maaf!,” jeritku namun tidak dihindarkan Dahlia. Dia langsung tidak menoleh lagi. Aku menghubunginya langsung tidak diangkat. SMS tidak berjawab. Marah benar dia dengan aku. Langit aku rasa bagai nak runtuh, berderai air mataku jatuh. Ya, Dahlia marah yang teramat kepadaku. Tidak mengapalah silap aku juga banyak dan aku sedar, gara-gara mulut aku hilang kawan. Tetapi jauh di sudut hatiku, adakah dari awal kau mahu berdiam jika kau tahu jawapannya? Pernahkan dia terfikir orang zaman sekarang suka menipu dan menggunakan orang untuk kepentingan sendiri.
 
Tidak mengapalah, suatu hari nanti dia akan tahu perkara sebenarnya. Biar dia tahu kebenarannya. Persahabatan yang dahulu dibina sewaktu kami masih sekolah sehingga dia berkahwin dan berstatus Datin pupus begitu sahaja. Gara-gara rasa kecil hati kepadaku. Tidak mengapalah dia tidak memerlukan teman susah dan senang lagi, baginya ketika ini dia sudah ada Madam Zarra. Madam Zarra segalanya tempat dia mengadu.
 
Selepas pergaduhan itu, kami tidak lagi menjadi BFF. Cerita pergaduhan kami hangat diperkatakan, malah aku sering menjadi bahan cercanya di twitter. Aku hanya mendiamkan diri. Bila ada sahaja problem semua dirujuknya Madam Zarra, pendek kata Madam Zarra orang paling penting dalam hidupnya ketika ini.
 
Masa begitu pantas berlalu, sudah setahun aku terputus hubungan dengan Dahlia. Hari ini aku terbaca di surat khabar, Madam Zarra sudah meninggal dunia.
 
Entah bagaikan mimpi, panggilan telefon petang itu sungguh mengejutkan setlah setahun lamanya menyepi, panggilan telefon menjelma nama Dahlia di skrin telefonku. Inilah panggilan dari seorang sahabat yang aku tunggu selama ini. Menangis-nangis Dahlia bercerita dan kami berjanji akan bertemu di luar. Dahlia menceritakan segala-galanya, dan aku hanya mendengar kisahnya. Dahlia mengakui dirinya di dalam kesulitan dan kesempitan wang, rumahtangganya berantakan.
 
Bukan itu sahaja, perniagaannya terjejas gara-gara ada di kalangan teman rapat telah menabur pasir di dalam periuk nasinya. Menabur fitnah mengatakan dirinya seorang penipu, memaksa mereka membeli aksesori dan mengataka aksesori gelang kristal dan cincin tuah berlian itu sebenarnya boleh didapati di Chow Kit. Mereka menyalahkan Dahlia memperkenalkan Madam Zarra dan menghasut orang lain supaya tidak percaya dengan kata-katanya dan jangan berurusan dengan Dahlia.
 
“Aku bukan mahu memulangkan paku buah keras kepada kau tetapi belajarlah mengenang jasa orang di sekeliling, bagaimana kau mahu hidup bahagia jika kau menyakiti hati orang yang ikhlas membantu kau,” kata ku. Dia telah tersedar daripada ketaksuban menilik nasib. Aku telah lama memaafkannya tetapi untuk kembali sepeti dahulu agak payah kerana hati aku sebagai kawan telah ada luka dan taku berdarah kembali.
 
Bagi aku kehidupan berlandaskan lima perkara waktu sihat sebelum sakit, waktu muda sebelum tua, waktu senang sebelum papa, waktu rehat sebelum sibuk dan waktu hidup sebelum mati. Apa sahaja baik dan buruk kita harungi, itulah dinamakan cabaran. Kalau tiada cabaran itu bukanlah nama kehidupan. Setiap darah yang mengalir, setiap lingkaran pada kulit setiap garis di tapak tangan milik kita, kita yang menentukan nasib kita jika mahu menjadi baik, maka baiklah jadinya begbaliknya.
 
Kepada Dahlia, hidup kita ada pasang dan surutnya. Jangan lupa paa jasa orang yang sentiasa berasa di saat susah dan senang. Jika ada kebuntuan minda Tuhan berikan jalan penyelesaian bukan tukang tilik yang kau jadikan sandaran.
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Julai 2012

See also
Datin X: Datin Tagih Jemputan & Front Row Minggu Fesyen