Korner Mak Datin: Datin Cuak Bila Dipaksa Pindah Duduk Kampung - Glam Malaysia

Korner Mak Datin: Datin Cuak Bila Dipaksa Pindah Duduk Kampung

KornerMakDatin
Penat pulang dari Sydney dua hari lepas belum habis lagi. Saya masih memunggah bagasi yang penuh dengan beberapa persalinan pereka Australia seperti Collette Dinnigan, Alannah Hill dan beberapa jeans koleksi Sass and Bide. Muatan yang sebelum ini muat-muat dengan barangan yang dipesan rakan yang tinggal di kota itu, Mariam yang berpindah ke sana untuk menemani anaknya yang sedang menuntut di Sydney selepas berpisah dengan Datuk Munir.
 
Kebetulan saya juga sedang meninjau beberapa peluang francais bersama suami di kawasan Central Coast dan Mariam memang tak segan minta bawakan barang untuknya termasuk tiga botol besar kicap kipas udang dan laksa kering.
Kami pun terpaksa buat deklarasi barangan kerana ia termasuk dalam bahan yang perlukan pelepasan khas sebelum memasuki Australia. Renyah betul proses di kastam sana, bila bawa bahan makanan memang berjam-jam melangut di lapangan terbang. Nasib baik jugalah Mariam datang menjemput saya dan suami dan bawa ke hotel di Pitt Street, mungkin sebab rasa bersalah buat kami bawa barang-barangnya. Esoknya pula Mariam cukup seronok menjamu kami dalam sesi soiree barbeku di laman belakang kediamannya di Upper North Shore memandangkan angin musim luruh cukup nyaman menghembus sepoi kawasan lereng perumahan mewah itu.
 
Selalunya selama pemergian saya ke luar negara, jarang nak layan mesej-mesej Whatsapp yang diterima. Bila pulang ada dalam beberapa ratus notifikasi yang terpampang hinggakan ke hari ini pun saya malas nak baca lagi. Yang banyak pun mesej dari Sofi yang ajak keluar lunch atau ke majlis itu dan ini sekembalinya saya dari bepergian ini. Ataupun Puan Sri Ana yang tidak sabar nak ajak saya bantunya merancang majlis kahwin anak bongsunya enam bulan lagi yang boleh dikatakan bakal menjadi wedding of the year nanti.
 
Tapi ada satu mesej yang tanpa fikir panjang terus saya jawab. “Apa dah jadi Datin Rina?” Itu soalan pertama saya kepada teks Whatsapp Datin Rina yang bertulis… “Datin, this is too much! Macam mana I nak jawab dengan my husband ni?” Kira-kira tujuh minit selepas itu, Datin Rina membalas, “Can we meet? Leceh la nak sembang dalam phone ni.” “I penat lagi ni. Kalau petang sikit boleh dalam 5.30 di Plaza Damas?” jawab saya yang tahu jika tak berjumpa dengan Datin Rina, boleh jadi sampai ke malam kami masih berWhatsapp tak sudah juga.
 
Selesai makan tengahari, saya siesta seketika supaya tak mengantuk lewat nanti. Mujur juga berkopi nanti, mata boleh segar semula. Tapi nak juga bertolak awal ke sana untuk jenguk dua butik kegemaran di situ kalau ada outfit yang sesuai untuk dipakai ke kenduri cukur jambul cucu Datin Maziah hujung minggu ini. Saya tunggu Rina di kafe dalam bangunan sebab cuaca panas di luar tak sesuai untuk minum kopi alfresco buat masa sekarang. Dan top sutera Diane Von Furstenberg tak boleh dikorbankan dek peluh. Aduh… jenuh juga nak bergaya jika cuaca berterusan bahang begini. Kalau di Sydney tempoh hari, nak berlapis pasangkan jaket Armani dengan dress Max Mara pun dah nampak stylish.
 
Sambil saya melihat-lihat menu, Datin Rina tiba lenggang lenggok membimbit Balenciaga merah jambunya itu. Ya, Datin Rina berjiwa muda walau baru cecah usia empat series. Dia sentiasa pastikan jenama yang dipilihnya ceria, jenama mewah dari pereka muda ataukoleksi yang disasarkan untuk golongan muda. Jarang melihatnya dengan himpunan klasik, itulah sebabnya dia juga selalu akan update busana dan kini gila mengumpul rekaan Prabal Gurung, Mary Katranzou dan Isabel Marant adalah conquest terbarunya. Hari ini Datin Rina cukup chic dengan persalinan Victoria Beckham yang baru dibeli melalui Net-a-porter minggu lalu. Structured dress dwi tona ini memang kena pada susuk tubuh Rina yang rajin beryoga selang dua hari tu. Bingkas saya bangun memeluk dan berlaga pipi seolah bertahun tak berjumpa padahal baru dua minggu senggangnya.
 
“So nice to finally meet you Datin. Aduh I risau la… semalam masa makan malam my hubby buat satu pengumuman tergempar…alahai nak gugur rasanya jantung ni…” Datin Rina membuka cerita sambil masih termengah-mengah dan mata meliar mencari pelayan kafe. “Order la dulu kopi… you want Ice Latte or Ice Mocha?” tanya saya sambil menenangkan ribut dalam jiwanya tu. Setelah Rina selesai membuat pesanannya, Balenciaganya diletakkan di tepi tapi masih dalam rangkulan tangannya. Masakan tidak, dia pernah diragut beberapa tahun lalu kala bersantai dengan Datin Noor dan rakan baiknya Sally di Jalan Telawi. Memang kecoh insiden itu hingga masuk akhbar “Datin diragut hilang RM4,000.” Jadi hingga kini Rina trauma dan lebih selesa memeluk tas tangannya ke mana jua.
 
“Datin… I tak nak pegi Kulim!” itu statement tergempar Datin Rina. “Kenapa pulak dengan Kulim? Pergi sajalah teman Datuk ke sana… bukan tiap-tiap bulan ke husband you pergi sana. You tak pernah ikut pun,” ujar saya pula. “Bukan pergi sekejap macam selalu… tapi I kena pindah sana la Datin!” tempiknya dengan mata hampir terjegil.
 
“What?! Why?” segera saya pula luah dalam nada terkejut. Datin Rina seolah sebak mengenangkan nasibnya yang terpaksa balik ke kampung Datuk Nordin yang punya kilang di kawasan perindustrian di situ dan oleh kerana dia perlu mengemudi operasi secara terus di sana untuk tender besar membekal komponen penting bagi dua syarikat gergasi automotif luar negara. Tanpa berselindung, Datin Rina mengeluh panjang kerana tidak lagi dapat minum kopi gourmet setiap petang, hangout di Starhill bersama Datin Noor atau sesi spa.
 
*Baca lebih lanjut di GLAM edisi Jun
 
 

See also
Personal Ponco Burberry Prorsum