Hotel-Hotel Butik Unik Bernada Mewah di Malaysia

Hotel-Hotel Butik Unik Bernada Mewah di Malaysia

Seperti yang diketahu ramai, hotel butik merupakan penginapan yang mempunyai bilangan bilik yang kecil, kebiasaanya 10 hingga 100 bilik sahaja. Lazimnya, hotel butik mempunyai tema atau vibe unik tersendiri be it era Victorian, tropikal mahupun minimalis.

 

Hotel-hotel butik banyak muncul sejak kebelakangan ini bagai cendawan selepas hujan, terutamanya di destinasi fokus seperti metropolitan yang sibuk dan pulau indah. Malaysia mempunyai berpuluh-puluh hotel butik yang GLAM syorkan kamu lawat. Meski bulan madu, mahupun self-treats, pasti ada satu yang menambat hati si pengembara gaya mewah!

5 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

5.  Terrapuri Heritage Village (Setiu, Terengganu)

Antara keunikan resort ini ialah lokasi dan reka bina bangunan-bangunannya. Ia terletak antara pantai berpasir putih dan paya bakau di Setiu Wetlands. 20 rumah warisan Terengganu, bekas pusat nelayan ini ditukar menjadi resort — ia dianggarkan berusia lebih kurang 150 tahun. Resort ini menawarkan 20 villa bersama permandangan yang cukup menawan!

 

 

Resort ini mempunyai kolam renang serta Rumah Pulau Rasa, iaitu sebuah rumah dibuat dari kayu yang ditukarkan menjadi bilik membaca — komputer dan internet disediakan juga di sini! Masakan Melayu tulen disediakan di Restoran Sesayap Courtyard. Terrapuri Heritage Village juga menawarkan spa tradisional dan bilik menyuarat buat persidangan kecil-kecilan dan juga private dinners.