Hotel-Hotel Butik Unik Bernada Mewah di Malaysia

Hotel-Hotel Butik Unik Bernada Mewah di Malaysia

Seperti yang diketahu ramai, hotel butik merupakan penginapan yang mempunyai bilangan bilik yang kecil, kebiasaanya 10 hingga 100 bilik sahaja. Lazimnya, hotel butik mempunyai tema atau vibe unik tersendiri be it era Victorian, tropikal mahupun minimalis.

 

Hotel-hotel butik banyak muncul sejak kebelakangan ini bagai cendawan selepas hujan, terutamanya di destinasi fokus seperti metropolitan yang sibuk dan pulau indah. Malaysia mempunyai berpuluh-puluh hotel butik yang GLAM syorkan kamu lawat. Meski bulan madu, mahupun self-treats, pasti ada satu yang menambat hati si pengembara gaya mewah!

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

4. The Dusun (Seremban, Negeri Sembilan)

The Dusun merupakan perusahaan dimiliki oleh sebuah keluarga yang terletak di sebalik hutan hujan tropika di Negeri Sembilan. The Dusun menawarkan sebuah “syurga” dunia buat mereka yang rimas akan kesibukan di ibu kota — The Dusun hanya sejam dari Kuala Lumpur. Resort hutan ini menawarkan empat buah rumah yang mengetengahkan privasi antara satu sama lain.

 

 

Pengunjung boleh ke Sungai Batang Benar atau ke Rizab Hutan Berembun yang terletak berdekatan. Resort ini juga berdekatan Air Terjun Jerang Toi! Ia menghadapi Bukit Mantin di satu sisi dan Seremban di sebelah lagi satu. The Dusun serta kebun 12 ekarnya terletak di kawasan perhutanan — bukan hotel butik biasa anda!