Hotel-Hotel Butik Unik Bernada Mewah di Malaysia

Hotel-Hotel Butik Unik Bernada Mewah di Malaysia

Seperti yang diketahu ramai, hotel butik merupakan penginapan yang mempunyai bilangan bilik yang kecil, kebiasaanya 10 hingga 100 bilik sahaja. Lazimnya, hotel butik mempunyai tema atau vibe unik tersendiri be it era Victorian, tropikal mahupun minimalis.

 

Hotel-hotel butik banyak muncul sejak kebelakangan ini bagai cendawan selepas hujan, terutamanya di destinasi fokus seperti metropolitan yang sibuk dan pulau indah. Malaysia mempunyai berpuluh-puluh hotel butik yang GLAM syorkan kamu lawat. Meski bulan madu, mahupun self-treats, pasti ada satu yang menambat hati si pengembara gaya mewah!

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. Bon Ton Resort (Pulau Langkawi, Kedah)

Resort ini terletas atas tapak pengebunan kelapa yang berusia hampir satu abad. Unsur-unsur rumah tradisional Melayu diterapkan dalam setiap satu rekaan di Bon Ton resort. Kesmua lapan-lapan villa tersebut disusun rapi sekitar kolam renang yang mengambil pentas utama.

 

 

Resort ini juga mempunyai restoran fine dining disebalik setting unik tersebut. Amat sesuai bagi mereka yang laidback dan hanya mahukan rasa chill, resort ini terletak di lokasi yang terpencil tetapi tetappraktikal bagi penginap — ia juga dekat dengan mercu-mercu penting pulau indah Langkawi seperti Pantai Cenang dan kereta kabel ke Gunung Mat Chinchang.