Highlight Concert BLACKPINK In Your Area Kuala Lumpur

Highlight Concert BLACKPINK In Your Area Kuala Lumpur

Ikutan kekecohan yang timbul dek kerana manusia yang tamak dan tidak berprihatin dengan menjual semula tiket konset pada harga tidak masuk akal, BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] Kuala Lumpur akhirnya tiba untuk menghiburkan barisan BLINKs (nama rasmi peminat BLACKPINK) Malaysia!

Pada mulanya konsert ini dirancang sebagai konsert sehari sahaja. Namun penjualan tiket yang memberangsangkan, membuatkan pihak penganjur MacpiePro membuat keputusan untuk menambah sehari lagi untuk memenuhi kehendak BLINKs. Jisoo, Jennie, Rosé, dan Lisa juga menyuarakan rasa teruja mereka untuk menghiburkan BLINKs di Kuala Lumpur!

 

Dari lagu hit DDU DU DDU DU dan WHISTLE hingga ke persembahan solo mereka, BLACKPINK sememangnya kumpulan penghibur yang menggerunkan. Tenaga yang dilimpahkan oleh mereka membantu menyemarakkan lagi suasana di Malawati Indoor Stadium. Setaraf dengan populariti syarikat hiburan yang mewakili mereka, YG Entertainment, BLACKPINK membuktikan mereka mempunyai kuasa dan tarikan mereka sendiri sebagai sebuah kumpulan yang berbakat.

1 of 10

See also
Sekitar Perkahwinan Serba Mewah Puteri Bill Gates, Jennifer Bersama Atlet Ekuestrian Muslim

STAGE PRESENCE BLACKPINK

Walaupun masih baru lagi dalam industri K-Pop, BLACKPINK mempunyai stage presence yang mengagumkan. Ikutan beberapa konsert sebelum Kuala Lumpur seperti Bangkok, Jakart, Hong Kong, Manila, dan Singapura, BLACKPINK menyebarkan tenaga dan semangat jitu atas pentas kepada BLINKs di Malaysia.