GLAM Memori: Aina Syahirah - Glam Malaysia

GLAM Memori: Aina Syahirah

oleh: ZUHAIRIE SAHROM

Gambar: Aina Syahirah dan Arkib glam lelaki
 
Opening
 
Dalam rancak menguruskan kerjaya, gadis ini bijak menghargai masa dan kala berlibur dia mencari ketenangan dengan mengagumi kepelbagaian budaya dan sejarah juga keindahan panorama yang diterokai.
 
Bekerja di bawah Tengku Chanela Jamidah, segalanya bermula kala menjalani latihan praktikal buat label Jonathan Liang yang berpangkalan di Paris. Daripada pentadbiran hinggalah ke perhubungan awan, semuanya dibantu Aina. Sememangnya gadis ini cukup bertuah kerana mendapat tunjuk ajar daripada mentor dunia fesyen merangkap figura yang sangat dikaguminya. Kini, kehadiran Aina menjadi perhatian kelompok fesyen tempatan. Menjadi pengantara fesyen buat syarikat Curated Editions KL, Aina punya matlamat masa depan yang jelas dan ingin memeta perjalanan kerjayanya dengan bijaksana. Dia sedang merancang masa hadapan kerjaya ke tahap lebih serius sebelum usia mencecah 25 tahun tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburinya. Berbicara mengenai kehebatan liburan, Aina berkata dia sukakan percutian yang adventurous dan akan menyusuri setiap lokasi yang dilewati secara terperinci. Aina amat mengagumi kota yang kaya dengan budaya dan sarat peninggalan sejarahnya. Memilih untuk menginap di hotel yang berkonsepkan Boutique Hotel kerana suka akan dekorasinya yang unik dan kadang kala terbias sensasi minimalis. Aina akan sentiasa merancang perjalanan dengan sebaik-baiknya dan memastikan jadualnya tersusun rapi agar dia bisa menikmati percutian yang selesa lagi menyeronokkan.
 
[soliloquy id=”52496″]

See also
Keputusan Muktamad Khloé Kardashian Selepas Teman Lelakinya Curang