GLAM Life: Datin Zeta Zee

GLAM Life: Datin Zeta Zee

oleh ZUHAIRIE SAHROM arahan seni AFIQ KHAIRUDIN Gambar SOO PHYE
 
Datin Zeta Zee3
 
Terpaut dengan personalitinya yang ramah dan ceria, GLAM mengintai gaya hidup dan mahligai Datin Zeta yang moden dan minimalist.
 
Lewat tengah hari, krew GLAM menyusuri kawasan kediaman elit di Seri Kembangan untuk bertemu muka bersama Datin Zeta. Hamparan padang golf dan pepohonan yang merimbun tinggi di kanan dan kiri bahu jalan menerbitkan suasana segar yang cukup mendamaikan. Melangkah keluar dari kereta, terlihat banglo putih tiga tingkat ini diperindah dengan pokok hiasan taman yang memenuhi lamannya.
 
Datin Nor Rozita Zee atau mesra disapa Datin Zeta sibuk orangnya. Meski jadual hariannya padat, sebagai ibu dia tidak pernah gagal untuk menyediakan makanan di rumah untuk keluarganya. Sebagai sosialit pula, Datin Zeta kerap menerima undangan ke acara-acara pelancaran. Bersiap cantik itu bukan masalah baginya kerana wanita ini juga gila berfesyen.
 
BANGLO BERNUASA BUDAYA
Meneliti kediaman mewah ini, dekorasi hiasannya kemas dan tidak sarat. Mahligai tiga tingkat ini berkonsep terbuka dengan stail dekorasi moden yang diserikan dengan elemen budaya. Kediaman ini lengkap dengan segala kemudahan termasuk surau yang boleh memuatkan 30 orang dalam satu masa. Selain itu turut diadakan ruang hiburan yang terdiri daripada teater mini dan bar. Meski, bermain dengan banyak ruang, Zeta pastikan setiap ruang tersebut praktikal.
 
Memiliki dua ruang tamu dan kedua-duanya dipisahkan dengan kolam renang yang terletak di tengah-tengah kediaman. Ruang tamu keduanya dilengkapi anjung yang sering digunakan untk acara barbeku bersama keluarga atau teman-teman rapat.
 

See also
Datin X: Kerana Zuriat, Dari ‘Bengkok’ Jadi ‘Straight’

[soliloquy id="41959"]

MENGHUBUNGKAN SILATURAHIM
Wanita berkulit putih mulus ini punya selera fesyen yang ranggi dan bersahaja. Ramah bercerita dan senyuman sentiasa terukir kala bicara. Katanya meski ada pembantu tetapi dia lebih suka memasak sendiri. “Saya memang suka memasak untuk keluarga. Memasak itu hobi saya memandangkan banyak bahan bacaan saya terarah ke arah buku-buku resipi. Saya juga rajin menghadiri kelas masakan dan gemar mencuba resipi baru. Sebab itulah I love throwing parties! Tidak kira untuk famili besar mahupun di kalangan teman rapat.”
 
Saya dapat ringkaskan yang pasangan ini amat senang menganjurkan acara keramaian sebagai usaha merapatkan silaturahim antara famili dan teman-teman rapat. Yang penting, privasi sekeluarga tidak terjejas kerana segala aktiviti yang melibatkan hiburan misalnya kelab bola untuk Datuk berlibur bersama teman-teman rapatnya berada di aras berbeza dengan ruang keluarga.
 
Isteri kepada YM Datuk Raja Sulaiman ini ternyata handal memasak. Saya masih teringat-ingat keenakan kek karot buatannya. Bukan saja hebat memasak, wanita usia 45 ini juga cemerlang dalam mengendalikan perniagaan pengurusan majlis dan F&B. Minat yang mendalam mendorong wanita cantik ini membuka restoran bercita rasa tempatan yang diberi nama D’Nyonya di Perth dan Saigon.
 
Personaliti ini juga gilakan kecergasan dan senaman sejak usia 20-an lagi. “Masa saya banyak diluangkan di gim. Saya sering ke Subang kerana di situ saya ramai teman. Sebelum berpindah ke sini saya pernah menetap di Subang juga Pulau Pinang. Antara senaman yang saya amalkan adalah kardio, body pump, zumba, body combat dan yoga. Joging bersama jiran tetangga pada hujung minggu di sekitar padang golf juga saya lalukan. Saya gemarkan hidup yang aktif dan pemakanan yang sihat. Bila banyak membaca tentang pemakanan secara tidak langsung saya mengawal pemakanan di rumah. Hormones going crazy in the house, maklumlah anak-anak meningkat remaja.” Dia bercerita mengenai keluarga dan gaya hidupnya.
 
 

See also
Penjagaan Rapi Barangan Kulit