GLAM Expose: Trust fund baby: jaminan isteri hidup senang sepanjang hayat - Glam Malaysia

GLAM Expose: Trust fund baby: jaminan isteri hidup senang sepanjang hayat

expose jul 16 Ex

Gambar: Arkib GLAM


 
Oleh: Azza Farhana
 
Sesungguhnya memiliki lelaki yang berduit memang menjadi idaman setiap wanita. Hakikatnya wanita di ibu kota khususnya mendambakan lelaki yang perfumenya semerbak berbau wang. Kata teman saya, “I need a wealthy man who not only loves me, but also treat me to all the wonderful trappings the world has to offer.” Acara tetap, setiap tahun diri diterbangkan ke pulau eksotik seperti di Nassau Island Bahamas, atau Mustique, St Vincent & The Grenadines umpamanya. Malam minggu pula ditemani dengan candle-lit dinner yang dua orang makan bernilai RM1, 000, sebulan sekali hati ditawan dengan those little boxes that contains sparkly things. Oh ya belum lagi cerita belanja bulanan yang dijoli untuk membanjiri walk-in closet. Hmm…tunggu pula hari sambutan ulang tahun, hari Valentine dan yang sewaktu dengannya lah, tentu dilayan bak ratu.
 
“Darling, I need the latest Louboutins, the one that’s worn by Rihanna…” pinta si isteri dengan manja. Nah hari itu juga dibelikan buat isteri sewaktu bercuti di Paris. Apa yang dipinta pasti dilayan. Kalau matahari, bulan dan bintang boleh dibeli, saya pasti mereka mampu memilikinya. Bak kata pepatah; pucuk dicita, ulam mendatang. Ah bukan sahaja dapat apa yang dipinta, malah tanpa meminta pun ada saja kejutan yang diberi kepada si isteri.
 
Satu permainan psikologi menjadi perisai kepada si isteri. First task is to marry to a rich man, second is how to maintain the wealth. Untuk berasa selamat dalam kedudukan keluarga ternama, si isteri haruslah bijak merencana masa depan. Ya, anak adalah bon masa depan kepada isteri. Aset terpenting untuk terus menikmati kerusi selesa sepanjang hayat. If you managed to catch the biggest fish, tentu-tentu sekali setiap anak memiliki aset yang nilainya jutaan ringgit. Tujuh keturunan pun tak habis makan. Jauh sekalilah untuk hidup susah walaupun tidak bekerja seumur hidup kalau hartanya menggunung sebegitu tinggi. Exposé kali ini mendedahkan kisah-kisah ladies of leisure di kota metropolitan yang sedar kepentingan zuriat dalam perkahwinan mereka untuk terus dan terus berada di kerusi selesa.
 
Saya diceritakan mengenai wanita yang sememang hot dan dulunya pernah bergelar escort sebelum bergelar isteri kepada taikun besar. Walaupun sebelum berkahwin dia cukup tahu fiil suami yang bermata keranjang. Kalau tidak masakan dia mahu berkahwin dengannya yang memiliki susuk hour glass yang menggiurkan mana-mana saja lelaki yang memandang. Katanya itu semua tidak penting, what does count is the best woman win! Terbit rasa tidak senang pada dirinya apabila masuk tahun kedua masih belum hamil, dan apabila diperiksa doktor dia tidak bermasalah. Tahulah dia si suami ini tidak boleh memberikan dia anak. Demi menjamin masa depannya dia berselingkuh bersama lelaki lain yang diberi upah puluhan ribu untuk menutup mulut. Dalam sebulan berasmaradana bersama lelaki itu akhirnya dia disahkan hamil. Sehinggalah ke hari ini si suami tidak pun tahu itu bukanlah anaknya yang sudah pun berusia lapan tahun.
 
Kisah sosialit ternama yang menjadi ikon ramai wanita di Malaysia ini pula memang hidupnya bermandikan wang ringgit. Senyum bahagianya boleh membuatkan ramai yang iri pada dirinya. Sudahlah suami hartawan, dianugerahkan pula dengan anak-anak yang comel-comel belaka. Aduhai bertuahnya badan. Masakan tidak kerana setiap kelahiran anak mereka, si suami akan bank-in kan satu juta ringgit di akaun isteri sebagai tanda penghargaan. But we just can sense that she isn’t settling down yet kerana ketiga-tiga anaknya adalah perempuan. Bertahun mencuba akhirnya anak keempat yang dikandung adalah lelaki. Jackpot!
 
Kisah mak Datin yang berjaya merampas Datuk daripada isteri pertama, kecoh satu Malaysia dibuatnya satu masa dulu. Ya semua yang diangankan menjadi realiti. Segala lubuk membeli belah serata dunia sudah dijelajahinya. Tetapi disebalik itu, dia mengadu pada teman sambil menangis yang dia masih tewas, kerana gagal memberikan zuriat kepada Datuk. Jadi anak-anak tirinya itulah aset kepada bekas isteri Datuk. Kerana mereka bakal mewarisi segala empayar milik Datuk. Sementara dirinya masih tiada jaminan yang kukuh. After all the ex wife is the real champion walaupun title Datin sudah melayang!
 
Dan satu kisah bekas isteri yang berkahwin dengan anak hartawan. Sebaik sahaja melahirkan anak pertama, dia memohon cerai. Atas sebab suaminya kaki perempuan. Yang betulnya dia sudah merancang segala-galanya bersama teman lelaki terlebih dahulu. Sikit pun dia tidak kisah jika suaminya makan luar. Dengar cerita, setiap kali giliran anak mahu berjumpa bapanya, dia akan menunggu cek bernilai RM5,000 dihulur kepadanya sebelum melepaskan anaknya dari kereta Alphard miliknya. Kalau seminggu tiga kali giliran si ayah berjumpa anak, RM15,000 lah berjaya dikaut pada minggu itu dan belum kira duit belanja membiayai anaknya lagi. Licik wanita ini. Demi wang ringgit anak dijadikan barangan niaga.
 
Kisah wanita ini yang berjaya menjadi isteri kepada the most eligible bachelor in KL membuatkan ramai wanita menangis dek kerana terpaksa melepaskan mimpi mereka untuk menjadi isteri kepada lelaki yang kacak dengan duit yang berganda kacaknya. Sungguhpun sudah menjalin hubungan yang sangat akrab dengan ibu mertua, namun kuasa talak tetap di tangan suami. Akhirnya semua wanita kota kembali bersorak kegembiraan dengan berita penceraiaan mereka. Oh tetapi dia tidak perlu bersedih. Her five sons are the biggest assets that she has invested in, not the mother in law!
 
Tabiat ahli perniagaan yang suka ‘makan luar’ dengan gadis-gadis kelab malam, akhirnya menjerat dirinya. Apabila gadis Cina berusia 18 tahun hamilkan anaknya. Ini antara taktik financial entrapment yang dirancang oleh ibu kepada gadis Cina itu sendiri yang juga teman kepada ahli perniagaan ini. So he’s stuck like a deer caught in the headlights. Kerana takut ketahuan isteri dia turuti saja permintaan gadis dan ibunya. Ahli perniagaan ini menyalurkan pendapatan berterusan sehingga hari ini demi membiayai anak luar nikahnya bersama gadis Cina itu. Permintaan menyediakan sebuah rumah agam, kereta mewah, dua pembantu rumah, kira-kira adalah RM50,000 dia terpaksa habiskan setiap bulan untuk kesilapan one-night stand pada enam tahun yang lalu. Menurut Dr. Tara J. Palmatier, an ‘accidental’ pregnancy is one of the oldest tricks in the book for desperate, emotionally disturbed women.
 
Lucu dengan pergaduhan cyber antara anak tiri dan ibu tiri. Si ayah mahu cukupkan kuota. Kalau dah mampu tidak salah, kata Datuk yang memujuk hati anak-anaknya. Tentunya si isteri keempat berasa terancam kerana perkahwinannya bersama Datuk yang tidak direstui anak-anak tiri yang lebih kurang sebayanya itu. Malah mereka terlalu membenci Datin wannabe ini kerana dituduh sebagai wanita pisau cukur. Drama wanita ini untuk dapatkan Datuk ini lagi satu cerita panjang. Punyalah lama dia kejar Datuk akhirnya terjerat jugalah. And now she is financially secured when she is finally expecting a baby boy! Oh stepson, sorry your baby brother is younger than your own son.
 
Kisah selebriti yang satu waktu dulu hidup bergemerlapan dengan kemasyhuran. Dia menjadi buruan semua wajah depan majalah. At the peak of her fame, she backed off and settled down with a millionaire. Mungkin dia sudah penat memburu cinta dan akhirnya dia bertemu lelaki yang ikhlas mencintainya. Dia juga sedia maklum populariti sebagai artis tidak akan bertahan lama. Tetapi hati selebriti ini mahukan satu jaminan hidup untuk selama-lamanya. Sebaik dilamar VVIP ini, berat juga dia mahu menerima. Memikirkan kebahagian yang menanti dengan berkeluarga dia melepaskan segala-galanya. Jejaknya tidak dapat lagi dihidu pihak media. Namanya terus berkubur di industri hiburan tanah air. Khabarnya dia menetap di Greece bersama keluarga yang dibinanya.
 
Kisah kerabat diraja yang memadukan isterinya dengan alasan setelah dua tahun berkahwin, dia masih tidak hamil. Si isteri menelan segala kepahitan dengan senyuman demi mahu melihat kebahagiaan di mata suaminya. Ya, hasil perkahwinan kedua, suami dikurniakan dua zuriat yang kedua-duanya perempuan. Siapa sangka 10 tahun berkahwin akhirnya isteri pertama hamil buat pertama kalinya dan berkat kesabaran dia selama ini, dia dianugerahkan anak lelaki.
 
Cerita satu Datin ini pada saya, “The moment I dapat kahwin dengan Datuk, tujuh ke lapan tahun perkahwinan kami, I pastikan I beranak dan beranak sahaja. Walaupun ia memberi risiko kepada berat badannya untuk naik setiap kali lepas bersalin itu tidak menjadi masalah. Datin ini rajin jaga badan. Cukup anak keenam kilang tutup. “I’m done now,” katanya puas kerana kesemua anaknya sewaktu masih di dalam kandungan lagi dia sudah meminta suami menyediakan trust fund jutaan ringgit buat setiap anak. Kini hidup Datin hanyalah mencantikkan diri dan berbahagia disamping suami dan anak-anak.
 
Ya duit boleh mendatangkan kebahagiaan dan wang juga boleh membinasakan. Kata Profesor Adam Galinsky dari Universiti Chicago’s Northwestern, “Guys with less cash can actually make women happier, because money and status often breed disloyalty and other negative traits in men,” Mungkin ini boleh dikaji dengan series Sex & The City yang melihatkan kehidupan Carrie dan Big yang bergelora bak roller coster dalam pada melayari hidup serba mewah. Tetapi ada pula pepatah yang berbunyi “Lebih baik menangis di dalam kereta Mercedes daripada kereta Kancil,” Bohonglah kalau saya kata kekayaan tidak boleh memberi kebahagiaan. Dengan wang kita boleh menikmati hidup dan masa sama membantu mereka yang kurang berkemampuan. Itu juga sudah menerbitkan rasa bahagia di hati. Pokok pangkalnya bergantung kepada niat individu itu.

See also
Melangkah Anggun Di Hari Bahagia