GLAM Exposé: The Second Wives Club, Out & Proud - Glam Malaysia

GLAM Exposé: The Second Wives Club, Out & Proud

Helo dunia, sedarkah kita dunia sudah semakin tua? Ya, kita memecut pantas melepasi alaf 2020! Semua di antara kita mahu berjaya dalam kerjaya, dikenali dan dihormati. Tentunya anda yang membaca GLAM mendambakan hidup yang berselimutkan kemewahan yakni bisa meraih hormat dan perhatian daripada ramai pihak. Oh ya, banyak kajian yang mengatakan kunci kejayaan seseorang adalah keeping the right company!

Tentunya kita perlukan teman untuk menyinari kehidupan seharian. Saya petik pepatah pujangga Thomas Aquinas, “Tiada apa yang lebih berharga daripada persahabatan sejati.” Persoalannya masih adakah nilai persahabatan sejati itu pada hari ini? Meninjau daripada kehidupan sosialit kota, rencah kehidupan mereka berpaksikan, siapa lebih berduit dan siapa lebih berkuasa. Betul atau salah, kawan atau lawan that is not the main thing in their term of friendship. Mereka ini masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Dengan bergaul dengan orang yang berpengaruh secara tidak langsung mereka akan berada dalam kelompok orang berkuasa. They have to keep the game strong.

Saya cuba memahami dan merungkai istilah persahabatan. Sewaktu menebual Datin ini, dia berkongsi falsafah hidupnya, “If you want more money, you should consider spending time with and befriending people with more money,” Lama juga saya cuba mencernakan apa yang dikatakan Datin.

Rentetan daripada temu ramah bersama Datin, saya mulai sedar hari ini manusia juga berubah seiring dengan peredaran dunia. Ya mungkin tiada lagi perspektif kolot seperti dulu. Segala-galanya lebih terbuka. Bercerita mengenai fenomena golongan atasan berkahwin lebih dari satu bukanlah satu isu yang baru. Cumanya kalau dulu itu, yang kedua, ketiga dan keempat ini disorokkan. Kalau ditanya kesahihan status berkahwin, mati-mati mereka menafikan. Ia adalah satu rahsia yang amat besar, sehinggalah apabila si suami meninggal, barulah semua tembelang pecah kala isteri isteri rahsia ini menuntut hak mereka. Pernah menjadi tajuk muka depan akhbar apabila isteri kedua dan ketiga menuntut harta jutawan tersohor yang meninggal dunia secara terkejut. Laris jugalah surat khabar waktu itu dengan ceritera drama daripada keluarga ketiga-tiga isteri.

Kehidupan golongan sosialit kini sudah berbeza yakni, the latest addition is not meant to stay hidden edition. Tak ada lagi cerita mendiamkan diri dan lari ke luar negara. Tutup akaun Facebook dan sebagainya. Mengelak soalan sekiranya ada yang bertanya siapakah suaminya, tidak akan pernah muncul di majlis rasmi suami, dan tidak akan pernah menghiasi majalah. Hari ini they are out and about and proud of it. Masyarakat kota sudah boleh menerima mereka. Budaya memboikot isteri nombor dua seakan sudah terkubur. Walau bergelar isteri nombor dua, mereka bisa bersiap cantik-cantik menempah makeup artist tersohor dan pasang badan untuk ke parti kota dan bergaul dengan sosialit lain.

See also
GLAM 101: Cindy Crawford

Why are they accepted now? Melalui risikan saya daripada berapa sumber, saya menemui kesimpulan di mana biarpun berstatus ‘nombor dua’ the husbands are filthy rich. Sesiapa yang berbaik dengannya pasti akan dijemput untuk majlis-majlis yang dianjurkan keluarganya. As we know, they would be spending a bomb on these events. Moving heaven and earth to make it happen. Siapa tidak mahu menghadiri majlis terhangat di ibu kota? Dan dengan duitnya yang bertimbun ada yang memasang perangkap untuk kepentingan perniagaan mereka.

Wanita yang juga isteri kedua ini, walaupun pangkat Datin bukan miliknya, teman-teman semua memanggilnya Datin. Saja mahu membodek. Kelompok sosialit seolah-olah berebut-rebut mahu berkawan dengannya. Dia juga bijak merencana permainan. Bersempena ulang tahun suaminya, dia menganjurkan surprise party untuk Datuk dan menjemput teman-teman suami termasuk teman teman Datin! Jangan terkejut kerana teman-teman Datin hadir untuk menyambut ulang tahun Datuk anjuran isteri kedua. Gambar kejutan hari jadi Datuk dimuat naik di akaun Instagramnya dengan captionMy baby is wiser by a year today! Thanks everybody who made this surprise a success!” Nah komen dari golongan atasan berjela-jela di foto ini, (termasuk kawan isteri pertama).

Semua tahu dia adalah perempuan simpanan kepada Datuk yang berprofil tinggi ini. Dan satu Malaysia kenal siapa isterinya. Majalah fesyen seringkali menghiasi wajah isteri Datuk untuk laman fesyen kerana cita rasa Datin pada fesyen sangat tinggi. Kalau dulu dia dilabel social outcast, tetapi hari ini hairannya golongan sosialit tetap menerima perempuan simpanan Datuk dan berparti dengannya seolah-olah dia adalah teman baik mereka. Perempuan simpanan Datuk ini juga menerima jemputan ke majlis-majlis besar di ibu kota. Lebih lucu dia juga layak untuk duduk di front row kala pertunjukan fesyen. Pelik, tetapi itulah hakikatnya.

See also
Rasa Cinta Tersemai Dengan Koleksi Istimewa Swarovski

Cerita teman saya, Datin yang kini Puan Seri sekarang ini sedang merana. Kerana Tan Sri kahwin baru. Selama ini dia selalu berbangga-bangga yang suaminya tidak seperti suami teman-temanya yang lain yang ligat pasang dua, tiga dan empat. Siapa sangka di usia emasnya Tan Sri tewas dengan nafsu dengan mengahwini perempuan muda usia lewat 20-an. Lebih sedih, majlis-majlis rasmi, Tan Sri yang sedang angau bercinta dengan isteri muda ini asik membawa isteri muda ke majlis. Madu Puan Seri bijak merencana agendanya. Majlis besar-besaran korporat, tiada lagi kelibat Puan Seri malah diganti dengan bini muda Tan Sri. Nak tak nak, terpaksalah kawan-kawan Tan Sri melayan baik si madu Puan Seri ini. Makan hatilah Puan Seri melihat gambar-gambar teman-temannya di Facebook bersama madu mudanya itu.

Kesian saya dengan bekas Datin Seri ini, dulu boleh saya kata, dia punya segala-galanya. Whatever she wants, she gets it. Dialah ‘Queen B’ Kuala Lumpur. Dia punya teman keliling pinggang. Saya antara rakan media dia. Jujur saya kata dia memang baik. Tidak pernah sombong dengan status yang dipegangnya. Kalau bergambar bersama teman-temannya, kedudukan dia sentiasa di tengah-tengah. Kerana dialah paling berkuasa dan semua mahu berkepit dengannya. Sayangnya, her friendships have crumbled since splitting from her partner of 30 years. Hari ini, kalau bergambar pun, kedudukannya bukanlah di tengah lagi sebaliknya di tepi-tepi sahaja. Hidupnya bertukar suram, satu persatu kawan baik yang kononnya akan berbuat apa saja untuknya meninggalkan dia perlahan-lahan. Kini dia hidup dan menjalani kehidupan seperti orang biasa. No more throwing extravagant parties dan dikelilingi segerombolan teman-teman yang menggembirakan hidupnya.

Menurut pakar psikologi dan penulis buku Think Yourself Happy yakni Dr Rick Norris, “Sesungguhnya perbezaan harta dan darjat mangakibatkan sesebuah persahabatan itu sukar untuk diselamatkan.” Mungkin pepatah ini sesuai dengan nasib sosialit ini. Dari tahun 90-an lagi sosialit yang satu ini amat bersiplin dengan penjagaan kesihatan. Banyak majalah yang mengambilnya sebagai ikon fitness. Dia adalah ahli perniagaan yang berjaya dalam mempelopori produk kesihatan. Empat tahun lalu, perniagaan sosialit ini lingkup. Kelibatnya juga terus hilang dari parti-parti hangat di ibu kota. Mungkin kerana terlalu tertekan dengan perubahan drastik gaya hidupnya di memuat naik status di Facebook yang berbunyi, “I have lost touch with some friends who were worried my bad luck would rub off on them.” Ternyata status itu menjadi gosip hangat di kalangan sosialit.

See also
Ini Fakta Mengejutkan Tentang Mira Filzah, Jelitawan Dan Bintang Paling Popular 2019

Bekas Datin ini mengadu nasib kepada saya. Saya bukanlah baik sangat dengannya tetapi kebetulan hari itu kami berjumpa, dia bersembang panjang pada saya. “My city friends dropped away pretty fast after I lost my tittle,” itu antara topik rancak yang kami bualkan sambil mengopi. Kata wanita ini, dia benar-benar sedih kerana semua kawan-kawan yang ada waktu dia senang mendiamkan diri. Sudahlah dia bersedih dengan perceraiannya, kawan pun yang konon baik sangat pun menyepikan diri. Tiada langsung kata-kata perangsang untuk dia meneruskan kehidupan. Sehinggalah wanita ini mempunyai empayarnya sendiri hari ini, teman-teman yang hilang dulu, satu persatu menghantar WhatsApp bertanya khabar dan mengucap tahniah. Dan ada yang terus ajak berjumpa. Kata wanita ini diakhir perbualan kami, “I had enough with these free loaders, saya kesian dengan bakat kiss ass mereka.”

Kesimpulannya, anda tanya pada diri sendiri, apa nilai sebenar persahabatan? Benarkah ada yang menjalinkan persahabatan demi untuk kepentingan diri? Bukankan teman itu ada di kala kita teramat memerlukan mereka, waktu apabila dunia terasa gelap gelita, teman datang menyuluh cahaya membawa kita keluar daripada kegelapan. Saya sedar hari ini, memang cukup sukar untuk mencari sahabat yang sanggup untuk susah dan senang bersama kita. Semakin maju dunia semakin hilang nilai belas manusia terhadap sesama sendiri. Dan sekiranya anda ada teman yang setia di sisi, jagalah persahabatan itu hingga ke akhir hayat.

Teks: Tengku Ashley Hassan