GLAM EXPOSE: Gelaran ‘Datin’ untuk isteri nombor dua, tiga dan empat. Perlu atau tidak?

GLAM EXPOSE: Gelaran ‘Datin’ untuk isteri nombor dua, tiga dan empat. Perlu atau tidak?

Expose1_
 
Teks: Tengku Ashley Hassan
 
Salutation memang suatu topik yang banyak pecahan boleh diperdebatkan. Some would be led to believe that having a certain salutation shows that you have power and prestige.
Ya, ada benar juga, dengan pangkat kita dipandang tinggi, disegani dan bahkan dijadikan ikon. Tender projek pun lebih senang diluluskan. Oh ya, layanan istimewa juga justeru diberi. You are automatically in the VIP or VVIP list. Pandangan masyarakat pada golongan ini pastilah mereka orang yang ‘berduit’ atau lebih telus ‘kaya’. Mana-mana majlis yang dihadiri, pastilah tempat duduknya di baris hadapan. Malah kalau ada acara makan, menu makanan VIP ini berbeza dengan hadirin lain, not to forget the door gifts as well, also dedicated specially for you. Itu antara layanan istimewa yang diberi kepada insan yang memiliki salutation.
 
Umum tahu lelaki Islam bisa bernikah empat. Jadi jika si suami dianugerahkan gelaran, apakah pangkatnya digunakan oleh keempat-empat isterinya? Saya sendiri tidak pasti kerana lain pihak lain pula debatnya. Apa yang pasti, ada negeri memang terang-terangan menyatakan hanya isteri pertama sahaja yang layak untuk memakai gelaran mewakili suami. Datin, Datin Seri, Puan Sri, dan Toh Puan.
 
Akan tetapi ada negeri tidak menyatakan apa-apa sama ada pangkat itu boleh juga digunakan oleh isteri kedua, ketiga dan keempat. Misalnya di sisteminhouse.johor.gov.my ‘Etiket Dan Protokol Negeri Johor Darul Ta’zim’ oleh Haji Ramlee Bin Haji A. Rahman di bawah tajuk ‘Penggunaan Gelaran’ dinyatakan; isteri pertama sahaja boleh memakai gelaran Datin. Gelaran ini hanya kepada isteri pertama jika Datuk itu mempunyai lebih daripada seorang isteri.
 
Saya pernah diceritakan seseorang dek kerana mahu pangkat, si isteri memaksa suami ‘beli’ pangkat itu. Walaupun ‘dokumen-dokumen’ mereka adalah tidak sah dan palsu. Sanggup sekali mereka bayar berpuluh ribu atau beratus ribu ringgit hanya untuk memperolehi gelaran. Demi isteri si suami tidak ragu-ragu melakukan ‘jenayah’ dengan membeli gelaran ‘Datuk’. Ya, jika tidak berjaya dapat di dalam negara, usaha tidak terhenti di situ sahaja, mereka cuba dapatkan salutation dari negara-negara jiran. Khabarnya anggaran untuk mendapatkan gelaran daripada Sultan Sulu antara RM100,000 hingga ke RM300,000!
 
Seringkali saya dengar sales assistant di butik-butik mewah dimarahi kerana tidak memanggil nama pelanggan mereka dengan gelaran ‘Datin atau Datin Seri’. Berang si Datin memarahi sales assistant. “Excuse me, I am Datin Farah! Register that in your head for the next time I come.” Lucu pun ada, selalu mereka serve isteri pertama, rupanya Datuk baru bernikah lagi. Masih belum ada rekod di dalam sistem mereka, kerana sebelum ini Datin Farah tidak pernah jejak ke butik X ini.
 
Hati ini selalu senang apabila berbicara dengan figura tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. Empunya diri sememangnya disanjungi ramai. Tetapi dirinya lebih selesa jika di sapa ‘Kak Siti’ atau ‘Siti’ bukan dengan gelaran ‘Datuk’. Maka, sesungguhnya lebih ramailah yang jatuh cinta dengan sifat merendah dirinya.
 
*Dipetik dari GLAM isu September 2015. Baca artikel penuh dengan muat turun edisi digital menerusi link ini magzter.com.
 
 

See also
Datin X: Menunjuk-nunjuk Di Media Sosial