GLAM Exposé: Casual Sex - Tiada Ikatan, Zero Komitmen, Bebas Emosi - Glam Malaysia

GLAM Exposé: Casual Sex – Tiada Ikatan, Zero Komitmen, Bebas Emosi

Sesungguhnya hari ini begitu ramai yang tewas dengan nafsu dan menjadi hamba kepada seks. Fenomena ‘teman seks’ laksana friends with benefits bukanlah suatu perkara yang baru berlaku dalam masyarakat hari ini yang semakin terbuka. Melakukan hubungan terlarang antara dua insan tanpa adanya perasaan kasih dan cinta, hanya semata-mata melampiaskan nafsu ghairah masing-masing, and that’s what they construe as living normally.

Bagi orang sebegini, sex is like sports. Bila waktu perlukan seks mereka akan berhubung lagi. Mengapa ia terjadi? Menurut kajian secara psikologinya mereka yang mengamalkan trend ‘kawan tapi mesra’ atau hubungan NSA (no-strings-attached sex)  ini sememangnya tidak mahu ada komitmen dalam perhubungan. Jadi adanya teman di ranjang ini adalah ‘peluang’ kepada both parties to fully maximize sexual satisfaction. Mereka sudah punya pasangan regular untuk sama-sama memuaskan hasrat seksual yang dikehendaki masing-masing.

Pakar psikologi menyifatkan mereka ini takut untuk pikul tanggungjawab, tiada tahap keyakinan diri, takut dilukai, mempunyai isu untuk mempercayai individu juga seorang yang tidak bermoral. Yalah, kalau tiada hubungan cinta, waktu Hari Kekasih tidak perlulah bawa si dia makan malam dan belikan hadiah begitu juga pada hari lahir mereka. Tak ada rajuk yang perlu dilayani dan tidak perlu berhadapan dengan pergaduhan. Itu semua bikin pusing kepala kata mereka. Kasual seks lazimnya diamalkan oleh individu yang belum berumah tangga. Ironinya situasi perkahwinan hari ini semakin korup apabila nilai moral semakin tipis. Mulalah tercetusnya hubungan terlarang ini.

Walaupun lelaki dalam Islam boleh bernikah lebih daripada satu sekiranya si isteri tidak mampu memberi kepuasan seks tetapi mereka rasa ini bakal menjerat diri kelak. Kalau dah memperisterikan si dia kenalah beri nafkah pada isteri dan anak-anak sekali gus perlu memikul satu lagi tanggungjawab. Jadi bagi mereka ini dengan adanya teman ranjang ia adalah jalan pintas. No commitment needed! Jangan terkejut kerana ramai juga isteri-isteri hari ini semakin berani untuk ‘makan luar’. Ini bukan kisah Mak Datin ada anak ikan ya, soal wang bukan menjadi percaturannya. Mereka yang mempunyai sex buddy ini tidak pandang pangkat ataupun harta seseorang, syarat utama adalah kedua-dua pasangan mampu memberikan kepuasan fantasi seks secara maksima pada pasangan. It’s a win-win situation. Kata Dr Achim Schutzwohl, pengarah psikologi Universiti Brunei, wanita sebenarnya amat pentingkan kepuasan klimaks di ranjang. Hanya atas dasar seks semata-mata, ada wanita sanggup meletak tepi rasa segan untuk make the first move. Duit ada, pangkat ada…at the end of the day, dia mahu meraikannya dengan reward diri sendiri dengan klimaks yang memuaskan.

Jangan anda tidak tahu, kelompok elit juga sudah pandai mencari teman ranjang di laman sosial. Kalau dulu perlu dipertemukan dulu, tapi sekarang nenek tua pun sudah celik IT. Jadi mahu tunggu apa lagi? Segalanya berada di hujung jari. Bagaimana mereka ini memulakan bicara yang mengundang ke bilik tidur? Antara pick up lines yang kononnya digunakan apabila menginginkan seks, “I’m not feeling myself today, can I feel you?” atau ” Are you a light switch? Cause I want to turn you on!” Nah, si teman punya kehendak sama ini pun akan mengerti dan mereka akan berjumpa untuk tujuan melampiaskan nafsu serakah masing-masing. Bagi mereka cara ini jauh lebih baik daripada one night stand yang belum tahu siapa asal mereka (complete strangers). Berhibur di parti-parti dan mulai langkah dengan small talk sebelum menyudahi malam dengan si dia dalam satu sesi seks yang penuh berahi. Pasca pertemuan pertama yang intim itu akan dilupakan dan menganggap di antara mereka tidak ada hubungan apa-apa.

See also
Nia Atasha Cipta Sejarah Besar Bersama Victoria's Secret

Ada pula yang beri alasan adanya sex buddy adalah lebih selesa bagi kedua pihak kerana masing-masing mengerti kehendak seks yang diperlukan daripada melanggan pelacur. Tambah mereka lagi, teman ranjang yang sudah dikenali adalah jauh lebih selamat. Maksudnya, risiko untuk jangkitan penyakit kelamin lebih tipis dek kerana ianya tidak dikira sebagai seks rambang. Musykil saya dengan mereka yang mempunyai partner seks tetap yang intim di ranjang tapi statusnya cuma teman biasa. Bisakah perhubungan intim itu hadir tanpa cinta yang dibaja? Ada satu manusia ini mengakui pada saya yang dia tidak akan bercium dengan teman ranjangnya, kissing involves emotion. Dia sekadar memenuhi nafsu serakah dengan aksi ganas. That’s it!

Dahaga Di Ranjang

Siapa yang mengenali dirinya, akan tahu sosialit yang masih bujang ini mencari pasangan bukan kerana harta atau rupa paras tetapi kualiti seks menjadi buruan. Dia akan bertahan lama dengan seseorang itu sekiranya si dia memenuhi cita rasanya di katil. Setelah diburu beberapa kali oleh kerabat ini akhirnya she said yes to him. Hotel ternama lima bintang pun ditempah. Itu tempat regular kerabat ini. Jadi pihak hotel memang sediakan back lift dan back door untuknya agar kelibatnya tidak terlihat siapapun. Boleh kata malam itu menjadi malam buas buat mereka berdua. Sampai 48 jam tidak keluar bilik! Tapi dua hari itu sebenarnya menghampakan sosialit ini. Biarpun berdarah raja namun si dia gagal untuk memuaskan pasangannya. Apa yang dia buat ialah dengan memberi nombor teman baiknya pada si kerabat ini. Jadi sehingga kini teman baiknya menjalinkan hubungan dengan lelaki bangsawan ini.

“My sex buddy is my ex-boyfriend,” kata wanita ini selamba depan teman-temannya di padang golf. Bergelar isteri nombor dua selama enam tahun kepada usahawan yang disegani ramai, dia mendustai kerana nafsu. Wanita ini dengan bekas kekasihnya memang tidak ada perasaan cinta lagi, cumanya suaminya tidak hebat di ranjang. Jauh bezanya dengan bekas teman lelakinya yang prestasinya tidak dapat disangkal lagi. Dia bisa memberi kepuasan maksima kepadanya. She can climax more than three times setiap kali mengadakan hubungan seks dengan bekas kekasihnya.

See also
10 Penyanyi Wanita Dengan Bayaran Tertinggi Di Dunia

Datuk berkata tanpa sikitpun menjaga hati isterinya. “The reason why I cheated on you because I’m not attracted to you anymore,” Datin yang hancur hati dengan suaminya yang curang kepadanya bertambah derita apabila si suami tidak bernafsu lagi dengannya. Kerana dendam akhirnya Datin juga sudah menemui teman ranjangnya yang 10 tahun lebih muda daripadanya. Apa lagi seronoklah Datin ini setelah sekian lama ‘berpuasa’. Dan tenyata Datin puas hati kerana akhirnya dapat membalas dendam setelah sekian lama terseksa dengan rumah tangganya. Datuk tidak pun mengetahui kisah ini. Mereka masih bertahan sebagai suami isteri demi anak-anak. Datin kalau depan orang bukan main lagi panggil suami sayang, walhal Datuk tidak mahu tidur sebilik pun lagi dengannya. Datin dan teman seksnya masih berhubung hingga ke hari ini.

Satu lagi kisah amat mengejutkan apabila pasangan suami isteri ini memang mempunyai teman seks (wanita) untuk memuaskan nafsu fetish mereka iaitu melakukan hubungan tiga serangkai. Lokasi tetap memang sentiasa di rumah mereka. Setiap kali mereka menginginkan wanita ini menambah perisa dalam hubungan seks mereka. Wanita ini akan datang dengan rela hati. Tiada langsung perasaan cemburu sewaktu mengadakan hubungan threesome ini hanya ghairah yang bersulamkan nikmat untuk kedua-dua pasangan suami isteri ini. Dengar-dengar cerita anak-anak sudah mula mengesyaki kegiatan hina ibu bapa mereka ini.

Dia memang terkenal sebagai alpha female. Suaminya tidak bekerja sehebatnya tapi rumah tangga mereka bahagia. Menduduki jawatan CEO di syarikat gergasi adalah kebanggaannya. Tugasannya yang sentiasa harus ke luar negara bersama manager (lelaki) akhirnya bertukar menjadi hubungan teman di ranjang. Perkara ini berlanjutan hingga memakan masa bertahun juga. Katanya wanita ini yang sememangnya suka mengarah, sikap dominannya dibawa ke ranjang. “You need to make my knees feel week and orgasms are 100 percent mandatory,” arah wanita ini dan si Pengurus akur dengan segala permintaan lady boss itu. Surprisingly she’s really bossy in bed too. Nak dijadikan cerita akhirnya pengurusnya tewas dengan perasaan sendiri apabila meluahkan rasa cintanya pada bosnya dan mengajak wanita itu berkahwin. Benganglah si bos ini apabila pekerjanya berani membuat pengakuan sebegitu. Dia terus tolak mentah-mentah dan matikan hubungan teman di ranjang antara mereka. Dek kerana hatinya terlalu hancur, pengurus ini membuat kerja gila apabila menceritakan perkara sebenar kepada suami bosnya. Masak juga dia membetulkan rumah tangganya dengan mengambil semula kepercayaan dari suaminya. Dia bertindak dengan menukar lelaki itu bekerja di cawangan luar negara.

Selebriti yang satu ini pula memang kacak orangnya dan terkenal dengan tabiat makan luarnya. Si isteri sehingga ke hari ini tidak mempercayai kata-kata orang mengenai suaminya yang gila seks. Rata-rata wanita yang pernah meniduri selebriti ini mengatakan tidak syok sangat kerana setiap kali melakukan perhubungan itu, boleh rasakan yang he is doing it full of guilt. Satu lagi kisah panas apabila ada penggambaran di luar negara, saja untuk lepaskan bosan dan berada jauh dengan orang tersayang, aktor dan aktres ini akan melampaui batas saban malam sehinggalah tamat penggambaran di sana. Sekembalinya ke tanah air mereka akan berhubung tidak lebih daripada rakan sekerja.

See also
Retorik: Media Sosial – Jangan ‘Lacurkan’ Diri Anda

Dan kisah anak menteri ini berlaku curang dengan suaminya hanya kerana si suami enggan melakukan hubungan oral padanya. Dia mempunyai hubungan bersama pemandunya yang boleh tahan tampan orangnya. Mereka akan mengadakan hubungan terlarang dan memberi kepuasan seks secara oral kepadanya. Dek kerana takut ketahuan orang mereka selalu lakukan di dalam kereta MPV miliknya yang cerminnya semuanya di tinted hitam. Kisahnya akhirnya terbongkar juga apabila pembantu rumah menceritakan hal itu kepada si suami. Si suami yang dalam keadaan berang terus melafazkan talak tiga kepadanya tanpa maaf. Pun begitu hubungannya dengan pemandu masih lagi diteruskan tetapi tidak pernah sekali pun ada perasaan sayang antara mereka.

Beralih pada cerita model tahun 90-an ini yang dikhabarkan biseksual memberitahu yang hubungan intimasi bersama suami saja tidak cukup untuknya. Sesekali apabila nafsu lesbiannya datang dia akan melakukan seks bersama teman modelnya juga yang so called her BFF. Sehingga ke hari ini suaminya tidak pernah mengesyaki perbuatan terkutuknya itu. Dan perkahwinan mereka baik-baik sahaja.

Dan ada juga pasangan sosialit yang sering berjauhan bersama pasangan masing-masing. When they are together, they are husband and wife. Hidup mereka tak ubah seperti pasangan suami isteri bahagia dengan adanya anak-anak menambahkan lagi warna dalam perhubungan mereka. Dan saat mereka berjauhan mereka punya teman seks masing-masing. Dan pasangan suami isteri ini sama-sama tahu mengenai hal ini dan mendapat persetujuan bersama. Mereka menganggap apabila jauh daripada pasangan ia adalah tiket untuk curang dengan bebas dan melakukan apa sahaja tanpa batasan. Si isteri memberitahu teman baiknya, she keeps herself happy in her marriage.

Begitu adanya manusia yang sanggup hilangkan salah dan berdosa hanya kerana tunduk pada nafsu seks. Jangan kata lelaki, wanita hari ini lebih berani daripada kaum Adam. Mereka berani mempertaruhkan rumah tangga, jati diri, kehormatan diri demi memuaskan nafsu. Entah kenapa hati saya sayu setiap kali mendengar kisah-kisah sebegini. Setiap masalah ada jalan keluar. Anda boleh berbincang dengan pasangan tentang isu ini. Usah malu untuk beritahu kerana baik suami atau isteri masing-masing ada hak menyatakan apa kemahuan diri asalkan ia tidak bercanggah dengan agama. Semarakkan hubungan ranjang dengan pasangan kerana ia adalah kunci kebahagian antara suami dan isteri. Sekiranya salah satu pasangan mempunyai nafsu seks luar biasa yang tidak mampu ditanggung pasangan, itu bermakna dia perlu dapatkan rawatan daripada pakar seksologi. Percayalah semua perkara pasti ada jalan penyelesaiannya. Sesungguhnya tabiat ‘makan luar’ ni suatu permainan yang berbahaya. Silap langkah memakan diri!

Oleh: Tengku Ashley Hassan