GASTRONOMI GALORE! - Glam Malaysia

GASTRONOMI GALORE!

Teks oleh: Yusairi Fitri
 
Tidaklah susah untuk menikmati keenakan dunia gastronomi lokal. Lebih-lebih lagi di sekitar Lembah Klang dan Selangor kerana terdapat banyak restoran dan kafe yang bagus malah menyediakan juadah masakan yang sedap yang belum pernah diketengahkan lagi. Kala berbicara sahaja soal makan, semua pasti kecur air liur dek kerana terbayang-bayangkan bau serta teksturnya yang sengaja menduga selera anda. Apatah lagi, menjelang bulan Ramadan ini, pasti ramai tertanya-tanya di manakah lagi restoran yang enak untuk berbuka mahupun makan malam bersama keluarga. GLAM mempersembahkan tiga restoran wajib kunjung sepanjang Ramadan ini!
 
Pince & Pints

Sekiranya anda mengidamkan beriani yang lazat, percayalah anda akan temui di restoran yang terletak di Jalan Telawi 5, Bangsar ini.
 
Menu pilihan GLAM:  Semestinya beriani gam udang karang dan air bandung. Dengan resipi aslinya yang terjaga rapi sejak 1880-an, beriani istimewa ini sarat dengan rempah ratus dan bahan kisar yang sungguh menyelerakan.  Hidangan klasik Johor ini menggunakan resipi turun temurun keluarga Menteri Besar Johor yang pertama, Dato Jaafar Muhammad.
 
[soliloquy id="48305"]
[soliloquy slug="prince-pints"]
Pince & Pints Kuala Lumpur | Alamat: No. 32, Jalan Telawi 5, Bangsar Baru
Tempahan: 03 2201 3233 / 017 880 0871 / www.pinceandpints.com.my
Dibuka 7 hari seminggu, 5.30pm sehingga 11.30pm hari bekerja & 11.30am sehingga 11.30pm pada hujung minggu & cuti umum Instagram: @pinceandpints.kl | Facebook:https://www.facebook.com/pinceandpintskl
 
Jibby Chow

See also
Tip Kembara

Dekorasi hiasan dalaman restorannya sahaja sudah jelas menggambarkan restoran ini pasti menyediakan masakan yang lazat. Terkenal dengan nama jolokan masakan ‘Chinese with a Twist’,  Jibby Chow nyata menyediakan makanan yang sangat berbeza daripada yang konvensional seperti nasi goreng daging ketam, mi udang, tulang rusuk kambing gaya Mongolia dan banyak lagi.
 
Menu pilihan GLAM:  Pastinya seleksi makanan laut iaitu Ketam! Hadir dalam tiga jenis rasa, hidangan ketam yang wajib anda cuba pastinya chili crab, Marmite crab dan butter crab. Setiap hidangan ketam ini hadir bersama roti Mantou goreng yang memikat, anda pasti pulang dengan senyuman.
 
[soliloquy id="48310"]
[soliloquy slug="jibby-chow"]
Jibby Chow | Alamat  Lot G-02 Courtyard Mall Jalan SS15/4G, SS15 Subang Jaya Dibuka setiap hari, 10 pagi sehingga 10 malam Instragram: @jibbygroup |
 
Way Modern Chinois

Restoran ultra kontemporari masakan Cina ini sungguh menarik. Dengan setting dan hiasan dalam yang cozy, ia sesuai dijadikan lokasi santapan eksklusif bersama keluarga dan teman. Pengalaman anda menikmati masakan di sini pasti sempurna kala menu seperti pac man dumpling, rose wanton dan porcupine mantou dipersembahkan sebagai pembuka selera.
 
Menu pilihan GLAM:  Mesti cuba Hot Pot Basket! Hidangan berasaskan makanan laut ini terdiri daripada lebih 20 bahan-bahan termasuk mi buatan sendiri, wantan, keropok rangup serta makanan laut segar, sayur-sayuran, cendawan enoki, kubis Cina, goreng tauhu, cendawan segar, bola ayam, bebola ikan, udang, telur puyuh, telur ayam dan banyak lagi. Sebagai pelengkap, sembilan sos istimewa disediakan dan anda boleh mengadun sendiri perisa sos yang diinginkan.
 
[soliloquy id="48317"]
[soliloquy slug="way-modern-chinois"]
 Way Modern Chinois | Alamat: G-1, Work@Clearwater, Jalan Changkat Semantan, 50490 Damansara Heights | Untuk tempahan: +603 2095 1118 or http://way.com.my/| Waktu operasi: Selasa sehingga Ahad, 12:00pm – 3.00pm (Makan tengahari); 6.00pm – 10.30pm (makan malam) Tutup setiap Isnin dan cuti umum terpilih | Facebook :https://www.facebook.com/waymodernchinois|Instagram: @waymodernchinois
 
Bakar

See also
Sothys Perfect You, Perfect Youth

Hidangan Bakar disediakan di atas dapur arang. Menawarkan hidangan BBQ moden, menu di Bakar dalah makanan global yang dimasak menggunakan teknik masakan lama iaitu di atas api arang. Tujuan utama Bakar ialah untuk mencuba resipi baru dan membawa pengembaraan ke seluruh dunia ke meja makan dengan menu seperti tulang rusuk dan kimchi buatan sendiri dari Korea mahupun Hamachi Jaw dengan salad laici dari Jepun.
 
Menu pilihan GLAM: Set RM580 ini terdiri daripada sajian Labanese Flatbread, salad Fattoush-campuran sayur-sayuran segar berwarna-warni yang ditanam di taman dengan roti ranggup dan sos delima, The Lamb Ouzi- nasi yang dimasak bersama bahu kambing dengan sos yogurt pudina dan dukkha. Set ini turut menyediakan makanan tempatan, ikan bakar bersama ulam-ulaman dan tomato. Set ini diakhiri dengan roti puding Mesir- Umm Ali yang memberikan rasa manis yang sempurna.
 
[soliloquy id="48398"]
[soliloquy slug="bakar"]