Filem Klasik Ikonik

Filem Klasik Dengan Gaya Ikonik

Tidak dinafikan filem yang hebat bergantung kepada skrip, arahan serta lakonan bermutu yang ditonjolkan. Namun ianya juga menjangkau keseluruhan termasuklah kostum yang digayakan. Kostum filem yang hebat juga berupaya mengangkat seseorang aktres ke tahap ikon fesyen. Lihat sahaja Anne Hathaway selepas filem The Devil Wears Prada, gayanya dipuja dan kini antara ikon fesyen yang sering dinantikan kemunculannya di hamparan merah. GLAM himpunkan antara filem klasik dengan kostum hebat sehingga diangkat ke status ikonik.
 
AnnieHall
 
1. Annie Hall (1977)

Filem yang bertanggungjawab dalam mempopularkan ceraian menswear inspired. Gaya Diane Keaton dalam filem ini cukup ikonik sehingga kini turut menjadi rujukan kelompok fesyen.
 
BonnieAndClyde1967
 
2. Bonnie & Clyde (1967)

Crime has never looked this fashionable! Walau ‘profesion’ sebagai pencuri, Bonnie lakonan Faye Dunaway tetap tampil bergaya dengan kostum yang memercik gaya era 70-an.
 

 
3. Cleopatra (1963)

Siapa boleh lupa akan kostum hebat Elizabeth Taylor dalam filem ini. Dengan solekan serta perhiasan cukup dramatik, ianya terus diangkat sebagai antara momen penting fesyen. Kostum yang digayakan juga antara penyumbang kepada kos tinggi pembikinan filem ini termasuk gaun emas 24 karat yang disarungkan Elizabeth Taylor.
 
CLueless2
 
4. Clueless (1995)

See also
Konsert Sheila on 7 Menggamit Nostalgia 7000 Peminat di Kuala Lumpur

Plaid and knee-length socks, everybody want to dress like Cher in the 90s! Malahan Iggy Azalea mencipta kembali gaya dalam filem ini menerusi muzik videonya, “Fancy”.
 

DesireGambar: The Walter Film

 

5. Desire (1936)

Merupakan antara filem ikonik lakonan Marlene Dietrich, gayanya dalam filem ini cukup glamor dengan ceraian mewah.
 
Now, Voyager
 
6. Now, Voyager (1942)

Dari ugly duckling, Bette Davis melalui transformasi hebat ke wanita anggun dan melayari kapal mewah serta bertemu lelaki idaman. Filem ini juga turut tersenarai sebagai antara filem cinta hebat sepanjang zaman di Amerika.
 
Heathers
 
7. Heathers (1988)

Gaya gadis sekolah cool di era 80-an dengan blazer, colorful tights and shoulder pads bangkitkan elemen fun yang sememangnya sinonim dengan era itu. Tonton sahaja filem ini untuk rujukan gaya era 80-an.
 
Breathless
 
8. Breathless (1960)

Gaya effortless Jean Seberg dalam filem ini begitu ikonik dengan potongan rambut pixie dan gaya chic gadis Perancis, terus menjadi inspirasi hingga kini. Dikatakan aktres itu sendiri yang mencipta gayanya dalam filem ini.
 
 

See also
Pereka Fesyen Lokal Moto Guo Tercalon Peringkat Separuh Akhir LVMH Prize