Datin X: Datin Bela Anak Ikan Sampai Dua - Glam Malaysia

Datin X: Datin Bela Anak Ikan Sampai Dua

Datin X memang sudah lama kenal dengan Datin Jun. Muda-muda dulu kami memang selalu berparti bersama. Tetapi tabiat parti  Datin Jun masih berterusan dan tidak pencen-pencen lagi sehingga hari ini. Datin X tidak larat nak terkinja-kinja lagi. Usia pun dah cecah 50-an, orang kata rumah kata pergi, kubur kata mari. Seram sejuk kalau dipikir-pikirkan! Tetapi Datin X masihlah berkawan dengan Datin Jun ni. Cumanya tak berapa rapatlah macam zaman kami muda-muda dulu. Kebetulan suami kami pun berkawan baik. Jadi setiap kali ada kenduri atau majlis masing-masing akan saling mengunjung dan bermesra. Dalam pada itu, Datin Jun selalu jugalah mengajak Datin X berparti, tapi Datin X sudah tidak kuasa melayan permintaannya lagi. Malas pula Datin X nak berclubbing maklum sajalah kalau dah berparti tentunya kaki tonggang juga!


Memang Datin X tak nafikan yang Datin Jun ini nampak macam usia 40 tahun saja walhalnya usianya sudah 54 tahun. Dia iras Che Ta cuma tampak sedikit berusia. Potongan badannya masih kekal menawan. Hourglass katakan. Kalau nak dibanding-bandingkan dengan Datuk Johar memang bagai langit dan bumi. Datuk Johar sudah nampak seperti atuk-atuk. Tidak sesegak zaman mudanya. Pakaian pun sangat pakcik-pakcik. Sudah malas nak bergaya gamaknya. Datin X selalulah juga mendengar keluhan Datin Jun yang hubungan ranjangnya dengan Datuk Johar sudah sangat hambar. Dia masih berkeinginan  tetapi Datuk yang selalu sahaja kena sakit gout sudah tidak kuat lagi. Senang cerita dia tidak puaslah! Tahu-tahu saja pada satu hari Datin X terserempak dengan Datin Jun di Pavilion berkepit dengan anak muda sasa yang boleh tahan kacak orangnya. Berderau darah Datin X pada waktu itu. Datin Jun terus terus larikan pandangannya dan berlalu dengan pantas bersama budak muda itu. Astaga apa sudah jadi dengan Jun. Getus Datin X sendirian di hati. Malam itu juga Datin Jun ajak berjumpa di coffee house kelab golf kami. Datin X pun tak lepaskan peluanglah mahu dengar cerita sebenar yang mengacau benak fikiran Datin X sejak dari petang tadi.

See also
GLAM Life: Alia Bastamam

I harap you faham. It’s not that I’m not happy with my marriage but having a toyboy makes me feel young and lively again!” Tersentak Datin X apabila si Jun terang-terangan mengaku dia ada ‘toyboy‘. Kata Datin Jun dia berkenalan dengan budak usia 25 tahun itu di gimnasium. “Bukan I yang mengorat dia, dia yang mengorat I! Budak-budak sekarang suka cougar tau!” Tambah galak pula Datin Jun bercerita kisah skandalnya dengan anak ikan. Cerita Datin Jun lagi, dia sudahpun berasmara dana bersama jurulatih peribadinya ini di ranjang. Telan air liur Datin X apabila dia membuka pekung di dadanya dengan megah. “You will be surprised dengan tenaga orang muda!” Ujarnya yang melakukan perbuatan terkutuk itu di hotel lima bintang. Dunia sekarang memang sudah terbalik. Perempuan sanggup berhabisan duit untuk dilayani nafsunya. Betul buang tabiatlah perempuan tua ini. Datin X hanya mampu beristighfar saja selepas mendengar ceritanya. Tak mahu rosakkan rumah tangga orang lain, Datin X ambil tindakan untuk tidak bercerita pun dengan suami hal ini.

See also
GLAM Exposé: Amalan Ilmu Hitam Untuk Kesenangan Diri

Sebulan selepas itu, ada seorang teman Datin X ini WhatsApp gambar Datin Jun berpegangan tangan dengan lelaki muda di Pavilion. Kali ini dengan lelaki lain pula. Dulu kulit sawo matang, yang baru ini putih melepak. Mungkin anak ikan barulah tu. Tak insaf-insaf Datin Jun. Kebetulan satu hari ini kami berjumpa di majlis perkahwinan anak teman kami, Datin Jun memang nampak berseri-seri. Semakin cantik dia. Tetapi apa yang memeranjatkan dia bawa anak ikan baru dia! Hampir tersemburlah air liur Datin X dalam mulut saat melihat kelibat dia dan teman barunya itu. Anak ikan baru ke? Saja Datin X tanya. “Sshh…taklah ini anak ikan I lagi satu. Orang Filipina. Yang dulu tu ada lagi,” jawab Datin Jun berbisik dengan Datin X. Memang macam dungu saja Datin X tengok anak ikannya itu. Ikut saja apa yang Datin Jun perintahkan. Katanya, kedua-dua lelaki muda ini dikenalinya di gimnasium. Mereka tidak kisah pun diduakan. Asalkan masing-masing terima bayaran dan hidup mereka ditanggung Datin Jun. Kerja mereka melayan kerenahnya dan puaskan nafsunya di ranjang saja. Bergilir-gilirlah mereka menjadi hamba abdi kepada Datin Jun. Datin Jun buat pengakuan rumah tangganya bersama Datuk Johar bertambah bahagia sejak dia membela dua anak ikan.

See also
Natacha Ramsay-Levi Dilantik Sebagai Pengarah Kreatif Chloé Yang Baru

Datin Jun memberitahu Datuk Johar mereka itu jurulatih peribadinya yang sudah dianggap anak sendiri. Alasannya anak-anak semua menuntut di luar negara, dia kesunyian. Jadi  dapatlah dia mengubat rindu pada anak-anaknya yang nun jauh di mata. Pandai betul dia pusing cerita agar tembelangnya tidak pecah. Jauhnya menyimpang Datin Jun ni. Sudah berlaki, anak-anak pun dah besar, sanggup dia berkelakuan hina seperti itu. Sedih Datin X memikirkan kehidupan Datin Jun yang seolah-olah tidak ingat pada Tuhan dan takut akan dosa. Datin X cuba menasihati dia untuk kembali ke pangkal jalan kerana curang pada suami amat besar dosanya. Tidak cium bau syurga di akhirat nanti. Dia selamba kata lambat-laun dia akan berubahlah. Tak payah nak bagi tarbiah dekat dirinya. Apa mungkin dia sempat berubah kerana nyawa kita sekarang sudah makin rapuh. Setiap hari kita dengar cerita orang meninggal tanpa disangka-sangka. Datin X hanya mampu berdoa dari jauh agar dia segera bertaubat dan menginsafi segala dosa-dosanya.