Datin X: Bila Belanja Kahwin Dipertikaikan

Datin X: Bila Belanja Kahwin Dipertikaikan

Datin Xresize

Semalam Datin X menerima satu panggilan daripada seseorang. Panjang sembangnya fasal seorang wanita yang baru sahaja mengahwinkan anak sulungnya. Dia surirumah tapi suaminya berjawatan agak besar di jabatan kerajaan. Majlis perkahwinan anaknya baru-baru ini diadakan selama tiga hari tiga malam di hotel lima bintang. Beritahu si penyampai tadi, persiapan gah belaka. Bayar wedding planner pun bukan calang-calang orang. Bunga segar penuh satu dewan. Boleh dikatakan kesemua pihak yang dibayar untuk majlis perkahwinan ini hebat-hebat belaka. Sekali pandang, kita tahu perbelanjaan mesti juta-juta. Ini memang nampak macam kes sengaja nak menunjuk-nunjuk. Tipikal!
 
Kemewahan melampau ini mengundang persoalan dikalangan tetamu. Suami makan gaji, keluarga menantu pun biasa-biasa saja orangnya. Mana dapat duit? Lancarlah mulut orang sekeliling membuat spekulasi. Ada yang kata suaminya makan rasuah, kerja tak amanah, makan duit haram dan macam-macam lagi lah! Majlis yang sepatutnya suci, dicemari dengan kata-kata yang kurang enak. Datin X rasa keluarga pengantin tahu orang akan membuat pelbagai andaian, tapi alasan mereka sebab anak sulung kahwin. Jadi kenalah berhabis sikit.
 
“Entah-entah angpau tetamu dah cukup nak cover balik kos kenduri, mana tahu?” Iyalah, takkan orang bergelar datang resepsi mampu hulur RM100 saja! Jawab kawan yang menelefon itu pula,You jangan tak tahu… ada seorang Puan Sri ni, disuruh drivernya hantar jambangan bunga bersama sekeping sampul. Satu rumah excited bila mengingatkan dalam tu ada wang kertas. Tapi rupa-rupanya sekadar kad tahniah saja! Terkejut parents pengantin tadi, bercerita fasal ni satu malam. Bunga nak buat apa?! Kata mereka, tak sangka Puan Sri tu kedekut orangnya!”
 
Dalam hal ni, Datin X tak berapa pasti. Apakah situasi ini menunjukkan Puan Sri itu bakhil orangnya ataupun ibu bapa pengantin yang terdesak mengharapkan orang menghulurkan wang untuk menampung kenduri mewahnya. Inilah keadaan bila membuat sesuatu perkara dengan tidak ikhlas. Ajak orang datang kenduri kerana mengharapkan balasan.
 
 
Dipetik dari GLAM Mac 2014
 
 

See also
Datin X: Menyesal Recommend Kerja