Datin X: Bila Anak Lelaki Harapan Bertukar Menjadi Perempuan

Datin X: Bila Anak Lelaki Harapan Bertukar Menjadi Perempuan

“Dunia sudah gila agaknya!” Puan Sri Hartini tiba-tiba melenting meninggi suara sambil mengerling pada anaknya yang keluar rumah menghempas daun pintu. Terkejut semua tetamu. “I dah cuba membesarkan sebaik mungkin. Bagi pelajaran dan hantar ke sekolah agama. I spent more than a million to send Shah to study in the UK. Apartmen, kereta semua I bagi. Semua cukup. Tapi entah kenapa dia jadi macam tu.” Kalau nak tahu, anak Puan Sri sebenarnya lelaki tapi berperwatakan seperti wanita. Bukan sekadar lembut, tapi memakai pakaian perempuan. Pakai mekap, kasut tumit tinggi, siap ada boyfriend lagi!

Datin X paling tak tahan melihat bila anak-anak Puan Sri berkumpul. Shah jauh lebih cantik berbanding kakak-kakaknya. Semua orang pandang tak berkelip mata. Tak ubah macam ratu cantik! Kulit putih bersih, macam kulit baby. Tangannya… aduhai, cantik sungguh. Rambutnya… not a hair out of place. Perfect macam pakai rambut palsu!

 

Puan Sri Hartini memang sedia maklum yang Shah memang ada kecenderungan untuk jadi wanita sejak kecil lagi. Datin X memang tabik padanya yang sudah berusaha pelbagai cara untuk merubah anaknya agar menuruti fitrah sebagai lelaki. Sudahlah Tan Sri seakan lepas tangan. “You know lah my husband. All his life, asyik travel, asyik meetingI lah yang duduk rumah besarkan budak-budak. Bila seorang tiba-tiba jadi mak nyah, dia salahkan I sebab tak tahu ajar anak. He blames me everytime and until today. I tahu dia malu nak admit depan orang yang dia ada anak macam Shah. Mana pernah dia mengaku dia ada seorang lagi anak lelaki? Melainkan ada yang bertanya. To him, Shah never existed in his public life. I guess he’s ashamed of him,” ujar Puan Sri dalam nada kecewa. 

See also
Wajah Baharu PRADA, Kemunculan Istimewa Bintang THAI “WIN METAWIN”

Tapi mana mungkin Puan Sri membuang darah dagingnya sendiri. Datin X tahu yang dia gagah melayan kerenah pelik Shah sejak kecil dan tidak mengongkong Shah 100 peratus. Dia ada letak batas tertentu dan mengharapkan anaknya itu mengikuti permintaannya. Namun kesabaran Puan Sri sampai ke penghujungnya apabila Shah mula mengakui secara terbuka yang dia sudah ada kekasih, mahu berkahwin dan migrate ke luar negara. Tentu sekali kekasihnya itu lelaki dan Shah turut menyampaikan hasratnya mahu melakukan pembedahan tukar jantina. “Ada hati tu minta I pujuk ayahnya untuk minta tolong kawannya di JPN supaya tukarkan nama di atas kad pengenalan dan nak ubah jantina daripada lelaki ke perempuan! I cakap kat Shah, have you lost your mind?! Mana ada orang buat kerja gila macam tu. If your father finds out, habis! He’ll stop giving you allowance and take back your apartment and car. You nak ke macam tu?” Cerita Puan Sri, sejak Shah mula bercinta dengan mamat ni, jiwanya makin memberontak. Sudah tidak dengar kata, jarang jenguk keluarga di rumah. Asyik travel saja ke luar negara, mengikuti kekasihnya untuk business trip. Dah sekarang ni dia gatal nak kahwin. Tapi khabarnya si kekasih minta dia buat pembedahan tukar jantina dulu, baru boleh ‘bersatu’. Shah sudah buat appoinment dengan sebuah klinik di Thailand, dibayar sepenuhnya oleh kekasihnya itu. Kalau ikut perancangan, selepas ‘kahwin’, mereka akan berhijrah ke New Zealand. 

See also
Fashion Item Yang Anda Perlu Ada Pada Musim Luruh 2022

“Boyfriend tu pun berduit orangnya. Jadi setiap kali I gertak tak nak bagi elaun, Shah tak kisah pun sebab boyfriendnya itu memang boleh sara dia. Tapi I sedihlah Datin… sedih mengenangkan anak lelaki I yang dah jadi perempuan, sedih mengenangkan anak lelaki I nak kahwin dengan lelaki lain… sedih mengenangkan anak lelaki I akan migrate tinggalkan I…” Sebak Datin X dan tetamu lain mendengar rintihan Puan Sri Hartini.

Suasana penuh emosi tiba-tiba bertukar panas apabila ada pula satu malaun ini yang meminta Puan Sri untuk terima sahaja Shah seadanya. “Shah berhak untuk hidup sesuai dengan keinginan dirinya. It’s her body, nobody has the right to dictate what she can do and can’t do. Dunia dah berubahlah sekarang Puan Sri. Kita tak boleh rigid sangat. Kasihan dekat Shah. Puan Sri kena terima hakikat dan belajar untuk menerima dia seadanya. Masyarakat hari ini sudah boleh terima dan Puan Sri pun seharusnya turut berubah mengikut keadaan. Shah may be a woman now, but she will forever be your son.”

See also
Datin X: Sendiri Takut Guna Produk Pemutih Keluaran Syarikat Sendiri

Silap hari bulanlah nak ajak berdebat isu yang semacam ini. Datin X sendiri tersentak dengan statement berani mati tetamu yang terlebih liberal ni. “You want to teach me about acceptance? Do you have kids, darling? Oh, ya… you just had a baby boy last January am I right? So how’s motherhood treating you?” Tiba-tiba nada Puan Sri berubah sarkastik. “Darling, now all is good and perfect… until the day comes when your boy turns queer…” Kata-kata Puan Sri Hartini terhenti di situ. Mungkin tak sanggup mahu meneruskan ayatnya takut majlis minum petang bertukar menjadi pentas memaki hamun. Ruang tamu rumahnya yang penuh tetamu tadi terus sunyi seribu bahasa.

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Disember 2017