Datin X: Belanja Bulanan Isteri Kedua Cecah Suku Juta - Glam Malaysia

Datin X: Belanja Bulanan Isteri Kedua Cecah Suku Juta

datinx2

Kerana wang dan pangkat, ada wanita sanggup mengorbankan harga diri hingga mengguris hati dan perasaan wanita lain. Suami orang atau tidak, ambil saja asalkan memberi kesenangan yang dicari-cari. Lebih jelik, zaman sekarang ini sudah wujud golongan wanita yang mengganggu rumah tangga orang hanya kerana didorong nafsu. Perempuan jenis apakah itu? Ini bukan cerita yang dibuat-buat. Spesis ini memang ada di mana-mana sekarang ni. Pandai-pandailah kita jaga laki masing-masing. Tapi kalau yang suami pun nak menggatal sama, bagaimana pula? Kepada lelaki, jangan ingat korang saja boleh melepak ramai-ramai dan megah bercerita hal dalam kelambu dengan skandal masing-masing.
 
Ramai juga perempuan hari ini yang tak tahu malu dan bercerita kepada semua dari A sampai Z. Nama pun perempuan. Kebanyakannya mulut tempayan. Rahsia memang susah nak disimpan. Akhirnya, kisah yang mengaibkan itu dibawa dari satu mulut ke satu mulut sampailah sekalian alam tahu. Bahananya, lelaki juga yang jadi mangsa diketawakan dan menjadi bahan lawak tak sudah. Kalaulah lelaki tahu, rasanya nak jejak tanah luar rumah pun dia tak sanggup! BELANJA BULANAN ISTERI KEDUA CECAH SUKU JUTA Khabar angin fasal seorang perempuan ni ada affair dengan suami orang bukan cerita baru. Skandalnya bukan dengan seorang tetapi katanya ramai.
 
Kisahnya memang sudah diperkatakan sejak dulu lagi sampaikan orang pun naik muak mendengarnya. Oh, si Fara dengan Datuk tu pula? What else is new? Bak kata orang, kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Baru-baru ini Datin X diberitahu yang perempuan ini baru sahaja berkahwin. Dengan siapa? Jeng jeng jeng… mestilah suami orang juga. Datin X tak pasti kalau dia isteri kedua atau ketiga. Tapi apa yang membuatkan lebih story ini panas, yang dikahwininya itu jutawan ternama. Hmm, siapalah gamaknya lelaki malang itu ya?
 
Cerita orang lagi, saban bulan Fara menerima duit poket lebih suku juta. Jangan main-main… memang shopping tak habis! Padanlah sibuk sentiasa, walaupun tak kerja. Selain bertanggak di butik-butik mewah, perempuan ni asyik travel saja. Bukan sekadar travel untuk shopping, tapi untuk menemui doktor bedah plastiknya. Pelanggan setialah katakan! Akibat terlalu kerap buat plastic surgery, muka dah serupa macam kucing Datin X tengok. Tapi tak apalah kalau dah jutawan tu suka! Seronok betul hidup ya? Tak perlu susah payah, cukup servis atas katil saja. Tapi Datin X paling kasihan pada isteri jutawan itu. Susah payah dia lalui susah senang dengan suaminya, dari mula kahwin duduk di flat murah sampai ke kaya tinggal di rumah bak istana. Mesti dia makan hati berulam jantung. Tapi apa nak buat? Seperti statement kawan Datin X tempoh hari, “Kalau seseorang lelaki itu berkemampuan dari segi batin dan mampu menyara perbelanjaan lebih dari satu isteri, seeloknya dia berkahwin lagi. Sebab rezeki mesti dikongsi.” Wah… pembaca setuju tak? Datin X tak berani nak komen!
 
*Baca lebih lanjut di GLAM Mei
 
 

See also
Checklist Seks 'Before & After'- Bahagian 1