Datin X: Bakal Menantu Pisau Cukur - Glam Malaysia

Datin X: Bakal Menantu Pisau Cukur

datinx2

Ini pula cerita fasal pasangan sepasang kekasih yang sudah bertunang dan bakal berkahwin dalam masa terdekat ini. Menjelang hari bahagia, semuanya indah-indah belaka. Tapi di belakang tak ramai tahu yang keluarga pihak lelaki gundah gulana tak senang duduk mengenang wanita bernama Azni yang bakal menjadi ahli keluarga baru mereka.

 

Sudah banyak cerita kurang manis didengari. ada yang melabelkannya con woman tapi kurang tepat sebab dia tak menipu. Cuma cara Azni berbisnes selalu main ‘kasar’ hingga mewujudkan benci dalam hati ramai pihak. Tapi apa nak buat, anak lelaki mereka memang head over heels in love dengan kekasihnya yang seksi maut itu.

 

Wanita tersebut walau bagaimanapun agak berusia juga dalam awal 30-an dan sudah memiliki perniagaan sendiri yang boleh dikatakan maju. Satu perkara mengenainya yang Datin X salute adalah kelicikan Azni merancang strategi berniaga. A very smart woman. Manipulative, putar alam dan manis mulut, dia mesti akhirnya akan dapat juga apa yang dicita.

See also
Debut Sekuntum Oleh Sharifah Rose Buat Semua

 

Dek pentingkan diri, dulu dia pernah ranapkan bisnes kawannya dan sekarang ini, walaupun belum sah menjadi isteri, dia meminta untuk meletak nama sebagai salah satu ahli lembaga pengarah syarikat keluarga bakal suaminya. Sang suami yang juga anak lelaki sulung, gamaknya cair sudah hatinya dipujuk rayu.

 

Cerita macam ini bukan yang pertama Datin X dengar. Sebab memang wanita hari ini bijak-bijak, ramai yang sudah tidak berhati perut. Kerana wang, semua sanggup dilakukannya. Walau katanya, mereka saling mencintai tetapi ramai juga yang tidak begitu percaya.

 

Kemampuan Azni memujuk keluarga berkenaan supaya meletakkan namanya dalam syarikat keluarga memang satu stunt yang hebat sekali. Dari awal sebenarnya ahli keluarga yang sudah dapat menghidu, bagai ada udang disebalik batu. Tapi disebabkan abang sulungnya bercinta bagai nak rak, mereka diamkan sahaja.

 

Satu lagi hal yang memeningkan keluarga berkenaan, anak lelaki mereka lebih banyak menghabiskan masa melancong sekeliling dunia, main golf dan minat pada kereta-kereta sport. Dia ke pejabat sekadar melangsaikan kerja yang sedia ada sahaja. Langsung tidak agresif dalam cuba memajukan lagi syarikat keluarga.

See also
Palet Warna Sempurna Buat Wajah

 

Mentang-mentang sudah ada safety net, dia take things for granted pula. Nanti syarikat sendiri ‘ditipu’ isteri lagilah haru. Bawa-bawalah beringat sebelum terkena. Hari ini Azni letak nama, esok lusa dia bolot semua. Bukan apa, Datin X kasihan penat lelah bapa lelaki ini… dari muda lagi hidupnya papa, kerja kuat semata-mata nak lihat keluarganya hidup senang berharta.