Datin X: Anak Boros Habiskan Harta Arwah Bapa

Datin X: Anak Boros Habiskan Harta Arwah Bapa

deep3Gambar: Arkib GLAM

 

Datin X juga terpanggil mahu berkongsi cerita mengenai seorang kenalan bernama Noraini yang juga suri rumah sepenuh masa, lady-of-leisure yang gayanya cuma tahu bersolek dan berbaju cantik, kerjanya hanya penuhi undangan ke majlis sosial sahaja. Bukan Datin X nak pandang rendah pada wanita yang privileged sebegini, itu pilihan mereka. Tetapi dengan ilmu dan pengaruh dalam tertentu, mereka boleh menjadi individu yang lebih baik dan progresif.
 
Berbalik pada cerita Noraini tadi, suaminya meninggal dunia beberapa tahun lalu. Bisnes keluarga yang ditinggalkan arwah, dipindah milik pada anaknya. Pada tahun pertama memang agak sakit sebab anak yang baru pegang ijazah tiba-tiba dibebani dengan tanggungjawab menguruskan syarikat multi million. Masuk tahun kedua, rentak mereka lebih stabil dan menyakinkan. Noraini jadi lega kerana pada anaklah dia sandarkan harapan memajukan lagi legasi arwah suaminya.
 
Memang nampak dengan jelas perniagaan makin bersambah. Noraini bangga sekali. Tapi baru-baru ini rakan niaga arwah suaminya mula berbunyi. Ada yang tak kena tapi Noraini tak tahu nak pin point di mana. Mungkin kerana dia tidak tahu menahu langsung mengenai dunia bisnes, Noraini minta saudara dekat menjenguk ke dalam akaun syarikat. Luruh jantungnya melihat rizab yang tinggal. Dia diberitahu, anaknya kurang bijak membuat pelaburan. Banyak projek yang ambitious tetapi kurang pulangannya, dan anaknya lebih banyak bercuti dan bersuka-suka dari duduk di pejabat dan menyelesaikan masalah perniagaan hari-hari.
 
Padanlah Datin X tengok anaknya tu asyik bercuti ke luar negara. Bershopping macam nak beli satu kedai, asyik berseronok tak macam arwah bapanya yang sungguh dedikasi pada perniagaan yang dibinanya. Kata Noraini, kalaulah dia tahu bagaimana nak menguruskan syarikat, dah lama dia ambil alih. Tapi buat masa ini dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada saudaranya untuk memantau anaknya menguruskan syarikat. Tapi kalau saudara itu pun nak kaut untung juga, macam mana? Itu risiko yang terpaksa diambil kerana Noraini tiada lagi pilihan.

See also
Bella Hadid Menang Anugerah Hugo Boss Model of the Year