Arkib Fesyen 90-an Boleh Didapati Di Instagram @ninetiesmoments - Glam Malaysia

Arkib Fesyen 90-an Boleh Didapati Di Instagram @ninetiesmoments

 

Tahun 90-an merupakan tahun kegemilangan buat generasi Y kerana pada kami zaman itu mudah dan sangat bersahaja jika dibandingkan dengan sekarang. Bukanlah tidak bersyukur atau apa cuma semuanya berbeza sekarang.

 

 

Apa yang menarik juga jika membincangkan tahun 90-an adalah fesyen. Fesyen dulu lebih banyak ditampilkan dalam bentuk majalah tetapi sekarang dengan kewujudan dan kemajuan laman media sosial industri fesyen juga sudah berubah dengan drastiknya.

 

 

Akaun Instagram @ninetiesmoments mempamerkan foto-foto fesyen daripada tahun 90-an sehingga awal tahun 2000. Akaun ini dihasilkan oleh dua individu daripada Berlin Vincent Mank dan Jayme Miller dengan tujuan untuk mendokumentasi bahagian fesyen yang tidak diketahui ramai. Dengan minat mereka terhadap estetika fesyen 90-an mereka menghasilkan akaun ini.

 

 

Foto-foto yang dikongsikan mereka bukan sebarang foto daripada tahun 90-an tetapi foto-foto yang menarik perhatian mereka. Mereka berdua amat tertarik kepada keaslian, warna, kecantikan benar, dan pasti ada satu perkara yang mereka tidak dapat ungkapkan.

 

 

Usaha mereka ini juga mendapat perhatian daripada nama-nama besar dalam industri seperti wartawan fesyen Katie Grand, pengarah fesyen Vogue Paris Suzanne Koller, dan lain-lain lagi.

 

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid