Malam semalam berlangsung GLAM & GLAM Lelaki Fashion Party dipenuhi selebriti serta sosialit Kuala Lumpur! Mengambil lokasi di Makespace, Quill City Mall, parti fesyen tersebut hangat dengan kehadiran cover girls GLAM isu April, Puteri Aishah, Aisyah Aziz dan Cik Puan Putri Noor Amelia Thripura Henderson juga cover guy GLAM Lelaki, Sean Lee. Bagaikan sebuah pesta, Tengku Chanela Jamidah, Puteri Afzan Shakira Nabila, Tya Arifin, JC Chee serta kelompok pereka fesyen tempatan berhibur dengan persembahan bertenaga oleh Kayda Aziz sambil melihat pentas fesyen Coach Spring 2016 digayakan oleh barisan peragawati dari Andrews Models.
Tidak kurang juga barisan selebriti serta influencer berhibur di lantai dansa dengan menyarungkan koleksi Coach 1941. Sambil berhibur, kami sempat meminta hadirin untuk mengambil selfie dengan Samsung Galaxy S7 Edge. Lihat galeri gambar di bawah.