5 Destinasi Dikunjungi Selebriti Jadi Inspirasi - Glam Malaysia

5 Destinasi Dikunjungi Selebriti Jadi Inspirasi

Kadang-kadang anda buntu mencari destinasi percutian dan memerlukan inspirasi daripada melihat pilihan-pilihan selebriti tempatan atau antarabangsa. Gaya percutian bagaimana idaman anda?

 

https://www.instagram.com/p/BpS-a7Bj7Nn/

 

Heboh sekampung berita Neelofa bercuti mewah ke Maldive baru-baru ini. Atau cemburu rasa hati membaca kisah Putera Harry membawa Meghan Markle berbulan madu di Afrika, destinasi kegemaran ibunya suatu ketika dulu. Melihat Victoria Beckham memilih Bali, destinasi itu dekat sahaja dengan tempat kita.

 

Semesti gambar-gambar dipaparkan mengundang rasa ingin turut serta melancong ke destinasi tersebut. Click kanan kerana ada 5 destinasi kesukaan selebriti kegemaran anda mahu kami kongsi. Mana tahu daripada situ anda dapat ilham mencipta percutian anda.

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Nikmati Layanan Mewah Maldives

Siapa tidak ingin bercuti luar biasa bertamu di dasar laut bertemankan hidupan laut.  Melihat Neelofa bercuti di situ, perasaan semakin meronta-ronta. The Muraka di Conrad Maldives Rangali Island menghidangkan percutian penuh glam, paling indah dan menenangkan perasaan.

See also
Daphne Iking: Part-time Celebrity, Full-time Supermom!

 

Reka bentuk mewah moden dan berteknologi, The Muraka menjadi destinasi mewah pilihan eksklusif. Menyaksikan panorama permukaan dan kedalaman Lautan Hindi yang panorama menakjubkan. Menginjakkan kaki ke Muraka adalah pengalaman paling indah.

 

Disediakan butler untuk membantu menemani anda yang sentiasa bersedia memberi khidmat. Selain perkhidmatan berbentuk peribadi, mereka juga bertauliah membantu anda mengenali Maldive lebih mendalam, membawa anda menyelami budaya dan peradaban negara tersebut.

 

https://www.instagram.com/p/BpM-XeKD0JP/