3 Langkah Detoks Dengan Cepat - Glam Malaysia

3 Langkah Detoks Dengan Cepat

ISS_2419_02058

Gambar: INGimage


 
Rutin kerja yang kadang kala tidak menentu membuatkan ramai yang tidak punya waktu untuk melalukan aktiviti mahupun senaman yang baik untuk mengeluarkan toksin dalam badan.
 
Tubuh kita perlukan detoks untuk memastikan tubuh yang sihat. Selain dari mengamalkan pemakanan yang sihat, detoks juga bergantung pada minuman yang kita ambil. GLAM senaraikan tiga jenis minuman detoks yang perlu anda ambil sebagai rutin harian.
 
Air Lemon

Air lemon mampu membakar lemak dalam tubuh. Oleh itu, mulakan hari anda dengan secawan air lemon panas setiap hari. Air lemon juga turut membantu untuk detoks dan mengawal sistem penghadaman. Untuk kesan lebih baik, gunakan air panas.
 
Teh Hijau

Kaya dengan bahan anti oksida yang mampu untuk melawan penyakit dan dalam masa yang sama membantu organ hati untuk berfungsi dengan baik. Pengambilan teh hijau juga boleh membantu badan anda dalam meningkatkan kerja-kerja detoksifikasi.
 
Jus buah-buahan dan sayur-sayuran

See also
Mate 8 Peranti Pintar Terbaik Harus Anda Miliki

Jika anda memiliki mesin menghasilkan jus di rumah, ada baiknya jika anda memanfaatkan resipi jus detoks ini yang memerlukan bahan-bahan detoks semula jadi seperti bayam, buah lemon dan halia. Amalkan pengambilannya setiap hari untuk kesan lebih cepat.
 
Sumber: EH!