15 Kerusi Ikonik Dunia - Glam Malaysia

15 Kerusi Ikonik Dunia

Oleh: Zuhairie Sahrom

Gambar:Corbis
 
Kerusi adalah perabot asas yang menghiasi ruang kediaman. Hadir dalam pelbagai bentuk yang menarik, GLAM menyenaraikan 15 kerusi ikonik sentuhan pereka tersohor yang perlu anda tahu mengenai sejarah serta inspirasi di sebalik rekaan hebat tersebut.
 
chair 1
 
1. B 3, WASSILY MARCEL BREUER (1925)

Merupakan perantis di Bauhaus yakni sebuah sekolah seni terkemuka Jerman yang menjulang ketukangan kraf tangan dan seni halus, Breuer ingin mencipta sebuah kerusi yang bersifatkan transparent. Bereksperimen dengan material tiub keluli, maka wujudlah club chair Wassily yang mana dicedok ilham dari bingkai basikal. Langsung, ciptaannya diangkat sebagai kerusi pertama yang terlaksana daripada tiub keluli.
 
chair 2
 
2. CHAISE LONGUE LE CORBUSIER, PIERRE JEANNERET, CHARLOTTE PERRIAND (1928)

Jika hendak dibandingkan dengan idea-idea dan rekaan minimalis di Bauhaus, perabotan dari material tiub keluli di Perancis diolah dengan rasa Art Deco lalu dijulang kemewahannya. Bertindak sebagai kerusi multi fungsi, reka bentuk dan kombinasinya diolah mengikut keinginan penduduk kota Paris yang dambakan gaya hidup mewah.
 
chair 3
 
3. BARCELONA CHAIR – LUDWIG MIES VAN DER ROHE (1929)

Cukup minimalis rekaannya, bersadur krom bar keluli siap berkusyen kulit. Sofa ini terlihat di mana sahaja, lebih-lebih lagi di lobi pejabat mahupun hotel. Kewujudan asalnya adalah untuk tempat duduk pasangan Diraja Sepanyol Alfonso VIII dan Victoria Eugenie sewaktu merasmikan majlis Ekspo Antarabangsa di Barcelona.
 
chair 4
 
4. DAX CHARLES DAN RAY EAMES (1948)

DAX atau Dining Armchair with X-Base terhasil daripada gentian kaca, keluli bar bulat dan getah di Amerika. Mewakili kategori Low-Cost Furniture Design untuk pertandingan yang dianjurkan oleh MoMA, Charles dan Ray Eames membawakan DAX yang tergolong dalam kelompok kerusi bertempurung atau shell. Rancangan asal adalah untuk membuat kerusi dengan menggunakan kepingan aluminium. Namun ia pecah kerana acuan sementara tidak teguh lalu menukar kepada gentian kaca.
 
chair 5
 
5. NO. 3100, ANT ARNE JACOBSEN (1952)

See also
10 Selebriti Dengan Bayaran Tertinggi Di Dunia

Pada awal tahun 50-an, industri perabotan Denmark menerapkan proses pembuatan yang baru. Hasil kemajuan teknologi, kayu solid digantikan dengan papan nipis. Secara tidak langsung mengurangkan permintaan struktur kompleks. Terdiri daripada dua bahagian utama yakni tempat sandar dan kaki kerusi yang direka bersilang, ia terhasil dalam kadar kos yang rendah juga ringan.
 
chair 6
 
6. DIAMOND CHAIR HARRY BERTOIA (1952)

Bertoia datang dari Itali dan hebat berkarya melalui seni arca. Mula bereksperimen dengan teknik pengolahan bentuk langsung pakar dalam penghasilan karya tiga dimensi. Bertoia mencipta siri kerusinya dari dawai besi dan membangunkan karyanya secara meluas bersama syarikat Knoll.
 
chair 7
 
7. COCONUT CHAIR GEORGE NELSON (1955)

Sekitar awal tahun 50-an sehingga ke lewat 60-an, garapan kerusi di pasaran terbias sarat dengan seni yang tersendiri. Kerusi berlengan Coconut diilhamkan daripada gaya hidup era 60-an bersulamkan budaya harian yang popular, Nelson menghadirkan koleksi yang simbolik dan easy-going.
 
chair 8
 
8. EAMES LOUNGE CHARLES DAN RAY EAMES (1956)

The quintessential modern classic! Hadir lengkap bersama otoman, siapa yang tidak kenal dengan kerusi lounge Eames ini? Direka oleh pasangan Eames, ia dipamirkan indah di ruang muzium seperti MoMA di New York dan Institut Seni Chicago juga menular kepada hiasan dalaman yang dahagakan rasa sofistikated di serata dunia. Cukup mewah, kerusi ini menjadi subjek dokumentari dan buku.
 
chair 9
 
9. MARSHMALLOW GEORGE NELSON (1956)

See also
Beg Ikonik Longchamp Beri Penghormatan Pada Robert Indiana

Meriah dengan rona, sofa ini adalah salah satu kerusi yang melambangkan simbolik karya Nelson, salah seorang personaliti paling berpengaruh dalam industri reka bentuk di Amerika sejak awal tahun 1946. Menjawat posisi sebagai ketua jabatan seni reka di syarikat Herman Miller, hasil kerja Nelson berteraskan indah budaya seiring kerjanya sebagai seorang arkitek. Sofa Marshmallow dijulang sebagai salah satu rekaan terawal dengan rasa seni pop.
 
chair 10
 
10. TULIP CHAIR EERO SAARINEN (1956)

Reka bentuknya mungkin sama dengan kerusi Molded Plastic olahan Eames dan kerusi Panton S, kerusi makan Tulip direka oleh arkitek merangkap pereka Finland Eero Saarinen sebagai penghargaan buat meja makan Tulip juga karyanya. Dibuat sepenuhnya dari gentian kaca, namun bahan ini tidak dapat menyokong asas lalu cenderung rosak. Berdekad lamanya mencari jawapan, akhirnya asas kerusi makan Tulip dibuat daripada aluminium kualiti tinggi bersadurkan kemasan rilsan untuk tampil sama seperti bahagian atas kerusi.
 
chair 11
 
11. EGG CHAIR ARNE JACOBSEN (1958)

It’s everywhere! Kerusi ikonik ini hadir bukan sahaja menerusi layar perak, terus diabadikan dalam dada-dada majalah fesyen antarabangsa. Ideanya lahir untuk pengguna yang tidak mahukan privasinya diganggu di tempat awam. And it works! Asal tujuan dirangka oleh Jacobsen untuk pengunjung hotel Radisson SAS di Copenhagen tahun 1958.
 
chair 12
 
12. PANTON-S CHAIR VERNER PANTON (1959)

See also
Staycation Tengah Kota Mengasyikkan

Pereka asal Denmark, Verner Panton adalah salah seorang pereka Scandinavia yang memecah tradisi ciptaannya dengan meluputkan perabot dari material kayu jati. Dia berkongsi ideologi bersama pereka berakal moden seperti Poul Kjaerholm dan Arne Jacobsen. Dijulang cukup gemilang, kerusi ini adalah epitome seni pop era 60-an lalu melayakkan diri dengan menerima pelbagai penghargaan.
 
chair 13
 
13. POLTRONA DI PROUST ALESSANDRO MENDINI (1978)

The Proust adalah kerusi berlengan dengan kemasan lembut upholsteri yang paling terkenal nukilan pereka Itali Mendini. Dia merupakan juara terus namanya terpahat indah dalam dunia perabotan tahun 80-an. Sebagai seorang pereka, wartawan dan guru, dia menjejak isu-isu budaya dan substantif bidang reka bentuk lalu mesra bekerjasama dengan orang seni, falsafah, kesusasteraan dan seni bina.
 
chair 14
 
14. GHOST CHAIR PHILIPPE STARCK (2002)

Ghost chair atau kerusi lut sinar garapan Starck adalah penciptaan semula kerusi berlengan Louis XV. Menggunakan material polycarbonate, Starck mencedok rasa klasik dan menciptakan semula ikon dalam sentuhan moden. Terus menciptakan kerusi yang paling terkenal di abad ke-21.
 
chair 15
 
15. MADEMOISELLE PHILIPPE STARCK (2003)

Starck adalah pereka paling berpengaruh buat era moden. Dari perabot transparent kepada arca pemerah buah lemon, rekaannya mengubah cara hidup agar tampil lebih bergaya. Rupa organik ditonjolkan terus lahir daripada material inovatif untuk Kartell. Mademoiselle, the most fashionable design small armchair is dressed by the most famous fashion labels. Dari Missoni beralih kepada Moschino juga termasuk Emilio Pucci, Christian Lacroix dan Jean Paul Gaultier.