Selebriti Wanita Yang Bercinta Dengan Lelaki Muda

Selebriti Wanita Yang Melanggar Stereotaip Dalam Bercinta

1 of 15
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dunia hiburan meraikan berita gembira Priyanka Chopra dan Nick Jonas minggu lalu selepas pengumuman pertunangan mereka dilaporkan oleh media antarabangsa. Namun perkara lain yang menarik perhatian ramai adalah perbezaan umur antara pasangan ini. Chopra dan Jonas mempunyai 10 tahun perbezaan umur namun mereka bukanlah pasangan pertama yang mempunyai jarak umur sebesar itu. Masih ingat Demi Moore dan Ashton Kutcher? Atau Sam Taylor-Johnson dan Aaron Taylor-Johnson yang mempunyai jarak umur 24 tahun? Namun golongan wanita yang memilih untuk bercinta dengan lelaki lebih muda sering dipandang serong oleh masyarakat. Manakala lelaki pula boleh bercinta dengan sesiapa sahaja sehingga budak perempuan umur 11 tahun pun dianggap normal oleh sesetengah masyarakat bukan? GLAM himpunkan 14 wanita yang menjalin hubungan cinta dengan lelaki lebih muda namun bukan sebagai pedofilia.