GAYA LEBIH ANGGUN MEWAH
  • FESYEN
    • NYFW
    • LFW
    • MFW
    • PFW
  • CANTIK
  • GAYA HIDUP
    • DATIN X
    • KORNER MAK DATIN
    • RETORIK
  • PERSONALITI
    • APA SIAPA DI MANA?
  • GLAM SOCIETÉ
  • GLAM TV
  • GLAM PLUS
    • GLAM WEDDINGS
    • GLAM JUNIOR
    • GLAM HOROLOGI
  • GLAM DEKO
    • INSPIRASI
    • KEDIAMAN
    • GALERI DEKO
    • SANTAI
  • PROMOSI
Home / Gaya Hidup / 11 Selebriti Yang Enggan Menjadi Hamba Internet dan Media Sosial

11 Selebriti Yang Enggan Menjadi Hamba Internet dan Media Sosial

Faizal Hadi
October 4, 2016

Di era digital masakini, ada sebilangan selebriti yang enggan menjadi hamba kepada internet dan media sosial. Kenali siapa mereka.
 

  1. Christopher Walken

 
Christopher

Dalam satu temubual dengan Newsweek, Walken memberitahu bahawa kehidupannya tenang tanpa komputer. Sekiranya dia sedang melakukan penggambaran, produser akan meminjamkannya sebuah telefon bimbit untuk memudahkan komunikasi dan akan memulangkan telefon tersebut selepas tamat.
 
Menurut pelakon The Family Fang ini, dia tidak pernah mempunyai keinginan masochistic untuk mengetahui tentang dirinya di internet.
 
2. Winona Ryder
 
July 11, 2016 - Hollywood, California, U.S. - Winona Ryder attending The Los Angeles Premiere Of Netflix's ''Stranger Things'' held at the at Mack Sennett Studios on July 11, 2016 in Los Angeles, California. 2016 (Credit: © Globe-ZUMA
Pelakon “Stranger Things” ini mengaku jarang menggunakan komputer dan tidak pernah melayari internet. Ryder hanya mengakses emailnya melalui BlackBerry.
 
3. Angelina Jolie
 
permaisuri-hati-brad-pitt-angelina-jolie-tampil-menggayakan

Pada tahun 2011, Jolie memberitahu USA Today bahwa pertama kali dia melayari Amazon.com dia berasa keliru dengan pilihan yang disediakan.
 
“Otak saya terlalu bercelaru. Saya rasa saya akan terus menggunakan katalog daripada melayari internet,” ujar Jolie.
 
4. Brad Pitt
 
October 14, 2014 - Hollywood, California, U.S. - Brad Pitt ''Fury' (Credit Image: © Armando Gallo/Arga Images via ZUMA Studio)

Apabila ditanya tentang penggunaan internet dan media sosial, Pitt memberitahu bahawa dia bukan sahaja tidak mahu menjadi sebahagian daripada “the publicity machine” (komputer), dia juga masih tidak tahu cara menggunakannya.
 
5. Elton John
 
BBC Radio 2 Live in Hyde Park

Hampir sedekad yang lalu, Elton John membuat kenyataan bahawa internet patut diberhentikan buat masa lima tahun kerana industri muzik terkesan dengan aktiviti online sharing.
 
Penyanyi ini memaklumkan dia lebih menggemari sekiranya orang ramai berarak dan berdemonstrasi di jalanan daripada duduk di rumah dan menulis blog
 
6. Rachel McAdams
 
RACHEL MCADAMS ANTARA SELEBRITI YANG SERING MENGGAYAKAN BUSA

Pada tahun 2009, McAdams mengaku dia hidup dalam zaman kegelapan. Mengapa? Ini kerana dia tidak memiliki televisyen dan tidak mendengar berita di radio. Pelakon jelita ini juga memberitahu dia sangat tidak mahir menggunakan email.
 
7. George Clooney
 
1-george-clooney-by-yayoi-kusama-for-w-magazines-art-issue

Clooney adalah salah seorang penentang lantang media sosial Facebook dan Twitter. Baginya, mana-mana personaliti popular adalah bodoh sekiranya mereka menggunakan Twitter. Dia juga lebih rela mempunyai pemeriksaan dubur secara langsung di televisyen daripada mempunyai laman Facebook.
 
8. Shailene Woodley
 
"The Divergent Series: Insurgent" New York Premiere - Inside Arrivals

Pelakon trilogi filem futuristik Divergent ini memberitahu The Daily Beast berulang kali bahawa dia jarang melayari internet. Dia juga tidak mempunyai telefon bimbit dan menggelarkan dirinya sebagai “not a big technology person”.
 
Menurut Woodley, seseorang yang tidak bergantung kepada teknologi mempunyai lebih kebebasan dalam hidup.
 
9. Eminem
 
Eminem

Eminem mempunyai sebabnya sendiri apabila ditanya tentang penggunaan komputer. Penyanyi rap ini memberitahu sekiranya dia belajar menggunakan komputer, dia akan menjadi salah satu individu yang akan menghabiskan masa membaca komen tentang diri sendiri dan mungkin akan menjadi gila.
 
Walaupun Eminem mencipta akaun Twitter pada tahun 2009, dia hanya mempunyai 615 tweets sejak 7 tahun yang lepas.
 
10. Jennifer Lawrence
 
Costume Institute Gala Benefit celebrating the Punk: Chaos To Couture exhibition, Metropolitan Museum of Art, New York, America - 06 May 2013

“Saya tidak begitu bagus menggunakan telefon bimbit ataupun apa-apa teknologi. Saya tidak mahir menguruskan email dan saya tidak akan pernah mencipta akaun Twitter,” kata Lawrence dalam satu temubual bersama BBC Radio 1 pada tahun 2014.
 
11. Jake Gyllenhaal
 
September 2, 2016 - Hollywood, California, U.S. - Jake Gyllenhaal at the Venice film Festival for the movie Nocturnal Animals (Credit Image: © Armando Gallo/Arga Images via ZUMA Studio)

Dua tahun lalu, Gyllenhaal melahirkan kekecewaan kerana manusia kini lebih banyak menghabiskan masa bersama gajet mereka daripada berinteraksi antara satu sama lain atau dengan alam sekeliling. Dia juga tidak ingin mendedahkan terlalu banyak tentang hidupnya di luar kamera.
 
Oleh: Lylatul Qadrina

KONGSI DI Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Pin on Pinterest
Pinterest
Share on Google+
Google+
Email this to someone
email
PREVIU ISU
MAJALAH
TERKINI
Edisi Digital

Banyak lagi dari GLAM

Beauty Icons
10 Tip Kembara Cantik

Artikel Berkaitan Gaya Hidup
Elemen “Parisian Chic” Menjadi Tema Ut...
Inspirasi Fesyen Daripada Street Style Kota Paris
Kaia Gerber: MVP Paris Fashion Week S/S 2018
Fashionista Paris Menentang Kuasa Alam Dengan Pili...
Solekan “Over-the-top” Daripada Paris ...
Persoalan Dior: Why Have There Been No Great Women...
Akhirnya Menswear Oleh Isabel Marant!

  • ABOUT US
  • ADVERTISING OPPORTUNITIES
  • BLU INC MEDIA
  • HUBUNGI KAMI
  • PROMOSI
glam-black-150

 

Copyright © 2017 Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). All right reserved.

Powered by CloudMeta Web Hosting