10 Pelakon Hollywood Yang Juga Penyanyi - Page 8 of 10 - Glam Malaysia

10 Pelakon Hollywood Yang Juga Penyanyi

Sudah menjadi suatu kebiasaan di Amerika apabila seseorang pelakon melalui transisi dan mengembangkan sayap mereka dengan mencuba nasib dalam bidang lain.

 

Kebiasaannya mereka akan mencuba bidang perniagaan ataupun yang lebih menjadi tarikan kepada pelakon-pelakon ini adalah bidang nyanyian.

 

Tetapi bukan semua yang mencuba nasib dalam bidang ini berjaya jadi kami akan senaraikan 10 pelakon yang berjaya dalam transisi mereka sebagai penyanyi.

8 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ariana Grande

Ariana Grande memulakan kariernya di dalam musikal Broadway sebelum ditawarkan watak Cat Valentine dalam rancangan Victorious di Nickleodeon pada tahun 2009. Karier Ariana sebagai seorang penyanyi bermula apabila beliau menjadi salah seorang panyanyi untuk soundtrack Music from Victorious dan diikuti dengan pengeluaran album debutnya yang bertajuk Yours Truly yang juga merupakan batu lonjakan bagi Ariana dalam bidang nyanyian.