Negara-Negara Ini Tidak Mengambil Enteng Perihal Hak Wanita

10 Negara Yang Menyanjung Martabat Golongan Wanita

2 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

#1 Sweden

Taman Royal Djurgården di Stockholm
Foto: Jonathan Nackstrand/AFP/Getty Images

Kesaksamaan jantina di negara Scandinavia ini merupakan salah satu landasan asas untuk pembangunan negara ini. Mereka memperketatkan kesaksamaan ini bermula di bangku sekolah lagi melalui Akta Pendidikan.

Cuti bergaji juga diberikan sebanyak 480 hari untuk dibahagikan antara pasangan dan kerajaan memberi duit belanja mengikut bilangan anak sehingga mereka mencecah usia 16 tahun. Dalam bidang pekerjaan juga mereka mempunyai akta yang melarang mereka untuk mendiskriminasi sebarang jantina di tempat kerja. Mereka juga mempunyai perwakilan wanita tertinggi dalam parlimen mereka.