10 Hotel Fesyen Terkemuka - Glam Malaysia

10 Hotel Fesyen Terkemuka

Semangat fesyen diterjemahkan kepada setiap rangkaian hotel terhebat ini. Segenap pojok ditempa sempurna stail signature pereka. Nikmati keindahan 10 hotel dengan suntikan perancang terkemuka dunia.
 

uxua

Gambar: Arkib GLAM


 
UXUA CASA HOTEL TRANCOSO, BRAZIL

Buat mereka yang gemarkan suasana rustik dan jauh dari hiruk piruk kota, hotel ini ternyata sesuai buat anda. Terletak di perkampungan nelayan, Uxua Casa Hotel yang cukup mempesona ini direka Wilbert Das yang juga Pengarah Kreatif Diesel. Bukan itu saja, ia dibangunkan menggunakan material organik dan kitar semula. Enam daripada sembilan casa dibina bertemankan landskap taman manakala selebihnya adalah rumah nelayan yang dibaik pulih.
 

Maison

Gambar: Arkib GLAM


 
MAISON MOSCHINO, MILAN

Rumah fesyen Itali Moschino meminjamkan sentuhan khayalannya ke atas butik hotel yang berlokasi di bekas tapak stesen kereta api Neoclassical, 1840-an. Sebanyak 65 suite dan bilik dilengkapi perincian dramatik ala kisah dongeng. Menerusi nama setiap bilik yang cukup menarik, ia dihiasi cara berbeza seperti alas kamar berinspirasi gaun adibusana merah ke candelier yang mempunyai titisan bak kelopak mawar. Cukup eksentrik dan imaginatif, setiap elemen di sini bisa membuatkan anda hidup bak Alice In Wonderland!
 

missioni

Gambar: Arkib GLAM


 
HOTEL MISSONI, EDINBURGH

See also
Cincin Di Jari Dendangan Jamiel Said Menggamit Emosi

Trademark corak grafik Missoni mendominasi hiasan dalaman futuristik ke atas 136 bilik hotel ini. Lokasinya di selusur lorong Royal Mile yakni kawasan yang selama ini terkenal dengan sejarah Scottish. Bukan sekadar meriah dengan elemen Missoni, Rosita Missoni yang juga Pengarah Kreatif Hotel Missoni turut menyuntik unsur signature pereka kegemarannya seperti Marcel Wanders, Eero Saarinen dan Arne Jacobsen. Antara yang mesti dikunjungi kala ke sini adalah Bar Missoni, the ultimate fashionista adventure playground!
 

roundhill

Gambar: Arkib GLAM


 
ROUND HILL HOTEL & VILLAS, MONTEGO BAY, JAMAICA

Ralph Lauren berjaya mentransformasikan 36 bilik di Round Hill Hotel and Villas Pineapple House menjadi sebuah syurga penginapan tepi pantai yang mewah lagi elegan. Apatah lagi bertemankan lantai batu putih, kamar mahogani cukup romantis dan berperabot mewah. Sebuah rumah ladang yang sering menjadi stylish retreat buat sosialit dan jetsetter sejak 1950-an telah ditukar menjadi spa buat kegunaan pengunjung hotel ini.
 

Claridges

Gambar: Arkib GLAM


 
CLARIDGES LUXURY HOTEL

Bagi memulihara keunikan tradisinya, Hotel Claridges di London menggunakan khidmat Diane Von Furstenberg untuk kerja-kerja ubahsuai semula. Hasilnya, sebuah rumah penginapan yang bercirikan art deco dan cukup mewah. Alami suasana rekaan yang menakjubkan dengan perkhidmatan yang tiada tandingan! Anda juga bakal merasai suasana glamor yang mencipta dunia sofistikated di tengah-tengah kota London.
 

bulgari

Gambar: Arkib GLAM


 
BULGARI HOTELS & RESORTS, BALI

See also
Pameran Louis Vuitton Series 3

Hotel yang cukup indah dengan panorama tebing setinggi 500 kaki ini bisa membuatkan sesiapa saja takjub! Menghadap pemandangan laut Hindi, 59 buah kamarnya memiliki elemen Indonesia terutama bagi penggunaan material lantai, dinding dan siling. Berada di sini seolah-olah membawa anda ke dunia lain. GLAM sendiri pernah membawa Marion Caunter dan Ikhwan ke sini pada 2009 untuk penggambaran wajah depan dan lembaran fesyen.
 

le bellachasse m

Gambar: Arkib GLAM


 
HOTEL LE BELLECHASSE, PARIS

Visi Christian Lacroix terhadap hotel butik whimsical di Faubourg St. Germain ini diinspirasikan elemen artistik dan atmosfera budaya abad ke-19. Hasilnya semangat bohemian dan flamboyant dihembus ke atas 34 buah bilik yang unik. Dengan lokasi strategik, hanya selangkah dua diperlukan untuk melawat muzium berdekatan termasuk Musée d’Orsay.
 

Versace

Gambar: Arkib GLAM


 
PALAZZO VERSACE QUEENSLAND, AUSTRALIA

Donatella Versace memberi penghormatan kepada mendiang abangnya dengan kehadiran hotel yang cukup glamor di kawasan dermaga Queensland. Menawarkan 200 bilik tidur dengan dekorasi mewah, kesemua elemen di sini memiliki signature Versace. Daripada perabot sumptuous ke tembikar Cina yang digunakan di empat-empat restoran hotel.
 

armani

Gambar: Arkib GLAM


 
HOTEL ARMANI, MILAN

See also
IDEA PERCUTIAN KELUARGA LAIN DARI YANG LAIN

Selepas pembukaan Hotel Armani di Burj Khalifa, Dubai kini hotel sleek Giorgio Armani membuka lembarannya di Milan. Terdiri daripada 95 buah suite dan bilik tetamu, setiap elemen direka secara peribadi Giorgio Armani. Setiap pojoknya diperindah dengan perabot bespoke Armani Casa. Buat mereka yang mahu berlibur, Armani Lounge menawarkan pemandangan latar langit yang menakjubkan selain bertemankan suasana elegan and good music.
 

tortuga

Gambar: Arkib GLAM


 
TORTUGA BAY: PUNTACANA RESORT & CLUB, DOMINICAN REPUBLIC

Pusat percutian mewah yang tertenggek di persisiran Pulau Caribbean ini memiliki 13 vila yang luas. Dan setiap hiasan dalamannya cukup indah hasil sentuhan Oscar de la Renta. Kesemua fabrik yang digunakan ditempah khas bagi melengkapimperabot rotan dan tempatan. Berlokasi di tanah seluas 16,600 ekar, Puntacana Resort & Club turut menawarkan Spa Six Senses dan dua lapangan golf.