Hangatkan Percutian Anda Dalam Bilik Paling Seksi Dunia

10 Bilik Paling Seksi Di Dunia Yang Anda Harus Lawati

Bermacam perkara boleh berlaku antara pasangan di dalam bilik sesebuah hotel tidak kira di mana jua terletaknya hotel tersebut. Tetapi untuk perkara-perkara istimewa menjadi kenyataan di dalam bilik tersebut, anda pasti mahukan suasana yang sensual, mengujakan dan mungkin juga mempunyai kejutan buat anda dan pasangan anda.

 

Jutaan terima kasih kepada Mr. and Mrs. Smith Hotel Awards kerana telah menyenaraikan 10 Bilik Paling Seksi Di Dunia yang merangkumi hotel-hotel daripada Thailand hingga ke Mexico.

Hotel butik ini meurpakan satu lokasi ibarat oasis yang memancarkan ketenangan kerana lokasinya yang tersorok walaupun berada di tengah-tengah pekan. Setiap perincian di Jardins Secrets menghasilkan suasana romantik yang sinonim dengan negara Perancis. Mana-mana pun pilihan bilik anda, anda pasti tidak akan kecewa. So have fun!