Hangatkan Percutian Anda Dalam Bilik Paling Seksi Dunia

10 Bilik Paling Seksi Di Dunia Yang Anda Harus Lawati

Bermacam perkara boleh berlaku antara pasangan di dalam bilik sesebuah hotel tidak kira di mana jua terletaknya hotel tersebut. Tetapi untuk perkara-perkara istimewa menjadi kenyataan di dalam bilik tersebut, anda pasti mahukan suasana yang sensual, mengujakan dan mungkin juga mempunyai kejutan buat anda dan pasangan anda.

 

Jutaan terima kasih kepada Mr. and Mrs. Smith Hotel Awards kerana telah menyenaraikan 10 Bilik Paling Seksi Di Dunia yang merangkumi hotel-hotel daripada Thailand hingga ke Mexico.

Terletak di kawasan pergunungan Tuscany, Itali Monteverdi menjanjikan pengalaman yang menakjubkan untuk anda dan pasangan anda sepanjang anda berada di sana. Rekaan minimal yang menghiasi kebanyakan bilik-bilik dan villa di Monteverdi sudah cukup untuk membangkitkan rasa romantik dalam diri anda. Jika anda dan pasangan sukakan pengembaraan, anda boleh terokai kawasan istana kurun ke-12 yang terbiar. Untuk pilihan bilik pula, bergantung kepada apa yang anda mahukan kerana kesemua bilik dan villa mereka sangat luas dan sangat sesuai juga untuk membawa keluarga anda sekali.