Hangatkan Percutian Anda Dalam Bilik Paling Seksi Dunia

10 Bilik Paling Seksi Di Dunia Yang Anda Harus Lawati

Bermacam perkara boleh berlaku antara pasangan di dalam bilik sesebuah hotel tidak kira di mana jua terletaknya hotel tersebut. Tetapi untuk perkara-perkara istimewa menjadi kenyataan di dalam bilik tersebut, anda pasti mahukan suasana yang sensual, mengujakan dan mungkin juga mempunyai kejutan buat anda dan pasangan anda.

 

Jutaan terima kasih kepada Mr. and Mrs. Smith Hotel Awards kerana telah menyenaraikan 10 Bilik Paling Seksi Di Dunia yang merangkumi hotel-hotel daripada Thailand hingga ke Mexico.

Walaupun rekaan bangunannya lebih kepada futuristik dan moden, pengunjung masih lagi boleh merasa tenang dengan suasana di hotel tersebut dan tidak lupa juga kawasan sekelilingnya yang mengingatkan anda kepada kawasan lapang yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan menghijau dan juga laut yang terbentang luas. Bilik yang patut dicuba untuk pasangan-pasangan yang mahu melawat adalah Love Room (Nha Cretcheu).