Hangatkan Percutian Anda Dalam Bilik Paling Seksi Dunia

10 Bilik Paling Seksi Di Dunia Yang Anda Harus Lawati

Bermacam perkara boleh berlaku antara pasangan di dalam bilik sesebuah hotel tidak kira di mana jua terletaknya hotel tersebut. Tetapi untuk perkara-perkara istimewa menjadi kenyataan di dalam bilik tersebut, anda pasti mahukan suasana yang sensual, mengujakan dan mungkin juga mempunyai kejutan buat anda dan pasangan anda.

 

Jutaan terima kasih kepada Mr. and Mrs. Smith Hotel Awards kerana telah menyenaraikan 10 Bilik Paling Seksi Di Dunia yang merangkumi hotel-hotel daripada Thailand hingga ke Mexico.

Diinpirasikan dengan kesempurnaan rekaan Paris, Hotel NoMad yang terletak di daerah Flatiron ini mempunyai segalanya daripada restaurant dengan 3 bintang Michelin, ruang perpustakaan yang selesa, butik yang chic, dan bilik-bilik yang luas dan cantik. Hotel itu memberikan aura nostalgik dengan keanggunan yang diinsipirasikan zaman-zaman klasik Paris. Cadangan untuk bilik-bilik yang anda patut tempahi untuk merasakan kemewahan di Hotel NoMad ini adalah Suite 408 atau Suite Royale.