Watch Out, Kendall Jenner: Lauren Hutton, 73, Membintangi Kempen Terbaru Calvin Klein - Glam Malaysia

Watch Out, Kendall Jenner: Lauren Hutton, 73, Membintangi Kempen Terbaru Calvin Klein

Sewaktu Minggu Fesyen Luruh 2017, jenama seperti The Row, Dries Van Noten, Simone Rocha, dan Creatures of the Wind telah menampilkan barisan model berusia daripada zaman 90-an yang merupakan the OG models dalam industri fesyen yang kita kenali sekarang.

 

Malah rancangan hit televisyen America’s Next Top Model juga sudah mula menerima penyertaan tanpa mengira usia dengan kembalinya Tyra Banks sebagai pengacara rancangan tersebut.

 

Calvin Klein telah mengeluarkan kempen terbaru mereka dan dengan arahan Sofia Coppola, mereka telah memilih seorang lagenda untuk membintangi kempen tersebut: model berusia 73 tahun, Lauren Hotton.

 

Jenama eponim yang terkenal dengan seluar dalam mereka stail yang minimal Calvin Klein lazim juga dikenali dengan menggunakan model-model yang terkenal ataupun nama-nama besar seperti Justin Bieber, Zoe Saldana, Jamie Dornan, Kate Moss, dan ramai lagi.

 

Hutton yang muncul pada penghujung video tersebut mencuri segala perhatian dalam video monokromatik sambil bergaya di atas sebuah katil sambil mengenakan  button down polka dot dan bra putih.

See also
Gaya #EvaChenPose Menggegarkan Dunia Instagram

 

Kempen ‘Calvin Klein Or Nothing At All’ ini juga turut menampilkanenam orang lagi wanita yang dipilih oleh pengarah video ini sendiri: Kirsten Dunst, Rashida Jones, Laura Harrier, Maya Thurman-Hawke, Nathalie Love, dan Chase Sui Wonders.