Victoria's Secret Kehilangan Gigi Hadid Dan Empat Orang Model Lagi

Victoria’s Secret Kehilangan 5 Orang Model Termasuk Gigi Hadid Tahun Ini

Tiga hari sahaja lagi sebelum Victoria's Secret Fashion Show 2017 berlangsung di Shanghai pada 20 November ini pihak media China telah melaporkan bahawa lima orang model Victoria's Secret terpaksa menarik diri daripada pertunjukan besar tersebut.

 

Model-model itu adalah Julia Belyakova, Kate Grigorieva, Irina Sharipova, Dasha Khlystun, dan juga Gigi Hadid.

 

Gigi yang teruja dengan penglibatannya kali ini telah mengumumkan kekecewaannya itu di Twitter tanpa menerangkan sebab sebenar dia terpaksa menarik diri daripada pertunjukan tersebut. Namun umum mengetahui rakyat China tidak berapa senang hati dengan model tersebut ikutan klip video  berunsur perkauman di mana Gigi memperlekehkan orang Asia dengan aksinya yang difikirkan lucu pada waktu itu.

 

Manakala Julia, Kate, Irina, dan Dasha yang berasal dari Rusia dan Ukraine pula terpaksa menarik diri kerana visa mereka yang tidak menerima kelulusan daripada China. Media di sana juga mengaitkan hal ini dengan isu tular di mana model kanak-kanak Vlada Dzyuba (14) kehilangan nyawanya selepas dikerah untuk bekerja tanpa henti.

 

Ini bukan pertama kali China telah menyekat orang luar berstatus selebriti daripada memasuki negara mereka kerana selebriti-selebriti seperti Justin Bieber, Miley Cyrus, Jay-Z, Brad Pitt, dan ramai lagi menerima nasib yang sama.

 

Sumber: Cosmopolitan.my

2 of 5

Kate Grigorieva

Foto Pascal Le Segretain/Getty Images for Victoria’s Secret