Versace Tidak Akan Menunjukkan Koleksi Couture Mereka Lagi - Glam Malaysia

Versace Tidak Akan Menunjukkan Koleksi Couture Mereka Lagi

Riccardo Tisci, Donatella Versace dan Naomi Campbell

Kalau dilihat pada tahun 2016, kebanyakan rumah-rumah fesyen menggunakan pendekatan “see-now-buy-now” untuk pertunjukan fesyen mereka bagi setiap musim tetapi pada 2017 pula boleh dilihat yang rumah-rumah fesyen ini cuba untuk mengurangkan pertunjukan fesyen mereka pula seperti Kenzo, Burberry, dan Gucci dengan menggabungkan koleksi wanita dan lelaki mereka dalam satu pertunjukan.

 

Rumah fesyen Itali Versace merupakan salah satu daripadanya yang akan mengurangkan pertunjukan fesyen mereka dalam setahun dan pengumuman mereka ini boleh memberikan impak yang agak besar untuk industri fesyen. Mereka tidak lagi akan membuat kemunculan pada Couture Week di Paris yang akan bermula pada 22 Januari ini.

 

Donatella Versace semasa Fashion Awards 2016 di Royal Albert Hall
Foto: Joe/WENN.com

“Buat masa ini, kami mengadakan enam pertunjukan setahun, dan saya merasakan: Itu merupakan pertunjukan yang banyak,” terang ketua eksekutif Versace Johnathon Akeroyd memberitahu The New York Times. “Lapan kalau dicampur couture, nampak seperti berlebihan. Dan kita semua tahu yang model berubah dengan banyak, jadi kenapa tidak kita mengambil peluang untuk mencuba sesuatu yang baru?”

See also
Kaca Mata Lolita Muncul Kembali

 

Versace Atelier Paris Haute Couture Spring Summer 2016 January 2016

Versace yang juga merupakan ahli kepada Chambre Syndicale de la Haute Couture sering memenuhi slot untuk pembukaan Couture Week jadi perubahan mereka ini bukanlah perkara yang kecil.

 

Atelier Versace Paris Haute Couture Fall Winter 2016 July 2016

Walaupun mereka tidak lagi akan mempertunjukkan koleksi couture mereka di atas pentas peragaan, mereka masih lagi akan menghasilkan rekaan couture untuk klien-klien mereka dan Versace juga akan mempersembahkan rekaan couture mereka kepada beberapa kumpulan kecil di serata dunia.

 

Gigi Hadid memakai Versace semasa British Fashion Awards
Foto: Alpha Press 079965

Johnathon juga menyatakan yang mereka tidak risau dengan publisiti atau promosi jenama mereka kerana dengan menggunakan selebriti-selebriti untuk acara karpet merah sudah mencukupi untuk mempromosikan nama Versace.