Van Gogh & Da Vinci Mengambil Alih Louis Vuitton - Glam Malaysia

Van Gogh & Da Vinci Mengambil Alih Louis Vuitton

Louis Vuitton sudah berkali-kali membuktikan bahawa mereka knows how to appreciate the arts dengan berkolaborasi dengan beberapa artis berpengaruh dalam dunia seni seperti Cindy Sherman, Takashi Murakami, Yayoi Kusama, Richard Prince, Stephen Sprouse, James Turrell, dan Olafur Eliasson.

 

Untuk kolaborasi terbaru mereka kali ini pula, mereka meminjam bakat dan kreativiti seorang artis dari New York untuk menghasilkan satu rangkaian tas tangan dan aksesori baru.

 

Koleksi ‘Masters’ ini menampilkan imej-imej daripada siri Gazing Ball Koons sendiri di mana artis tersebut menghasilkan semula karya-karya seni oleh Old Masters ternama seperti Da Vinci, Van Gogh, dan Fragonard.

 
[envira-gallery id=”64849″]

Imej lukisan-lukisan ini telah digunakan sebagai permukaan untuk tas-tas tangan Speedy, Keepall, dan Neverfull dengan nama-nama artis ditampilkan sekali.

 

Koons yang pernah menjual satu daripada hasil seninya dengan harga tertinggin yang pernah dijual oleh artis yang masih hidupa pada harga $58.4 juta menyatakan yang bekerjasama dengan jenama Perancis ini memberikan dia kebebasan yang dia inginkan.

See also
NYFW: Altuzarra Lancar Koleksi Beg Tangan

 
[envira-gallery id=”64855″]

“Kami berdua mempunyai objektif yang sama, kami mahu menghasilkan sesuatu yang betul-betul menggunakan bahan, tekstur, warna, dan berkomunikasi… sesuatu yang diinginkan. Louis Vuitton sudah melakukan itu dan seni saya pula cuba untuk melakukannya.”

 

Artis itu juga telah mengubah semula monogram ikonik jenama tersebut  buat kali pertama dalam sejarah Louis Vuitton untuk menunjukkan singkatan namanya dalam bentuk monogram itu.

 

Koleksi Masters ini boleh didapati di butik-butik LV mulai 28 April ini.