Twenty~4 Automatic Menggambarkan Modern Elegance Wanita Patek Philippe

Fesyen, GLAM Horologi

Twenty~4 Automatic Menggambarkan Modern Elegance Wanita Patek Philippe

578

Menyahut suara dan permintaan golongan wanita moden nan bergaya era ini, Patek Philippe melancarkan Twenty~4 Automatic bagi memenuhi kehendak pelanggan wanita mereka.

 
[envira-gallery id="85620"]

Model pertama koleksi ini mempamerkan jam tangan gerakan mekanikal self-winding dalam case bulat. Rekaan kontemporari dan moden adalah untuk mengekalkan elemen feminin jam tangan ini tanpa mengabaikan gaya yang diinginkan.

 

Turut dilengkapi dengan kaliber 324 S C, Twenty~4 Automatic juga menggabungkan elemen tradisional yakni gerakan mekanikal dan juga elemen moden dengan teknologi terkini. Dari pakaian harian hingga ke gaun mewah, model ini sesuai dipadankan tanpa sempadan.

 

Bagi wanita yang gemarkan gaya hidup berani dan eklektik, salah satu koleksi Patek Philippe Twenty~4 Automatic ini pasti memenuhi cita rasa anda.

[envira-gallery id="85623"]

Patek Philippe Twenty-4 Automatic hadir dalam lima versi dan dua daripadanya adalah stainless steel dengan bezel bertatahkan berlian, dua lagi adalah rose gold dengan bezel bertatahkan berlian, dan yang terakhir adalah versi rose gold dengan berlian di dalam bezel.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Your email address will not be published. Required fields are marked *