The Secret Garden - Glam Malaysia

The Secret Garden

Dalam simbahan pagi serta kenyamanan taman bunga Elizabeth Street Garden menjad titik utama buat persembahan koleksi musim bunga Kate Spade 2020. Nicola Glass kali ini membayangkan wanita Kate Spade sedang siap sedia untuk satu kembara yang cukup gemilang. Maka amat penting buat wanita ini bergaya dalam ceraian yang praktikal serta masih punya elemen stail yang mantap. Paksi utama dalam mempersembahkan koleksi baru ini di Minggu Fesyen New York adalah untuk mewujudkan cara gaya peribadi kerana bagi Glass setiap wanita itu tidak mungkin tampil dalam satu cara pemakaian yang sama.

Ceraian Kate Spade musim bunga 2020 meminjuam siluet mereka yang kembara ke safari, lebih relaks dan saiz yang lebih longgar agar mudah setiap pergerakannya. Selain itu, Glass memberi fokus dalam merai nilai feminin dengan penggunaan fabrik yang cukup elegan seperti renda dan sutera. Juga ada biasan corak yang organik serta baju kait yang menyerlahkan nilai eksentrik.