The Row Bakal Dipentaskan Di Minggu Fesyen Paris

The Row Bakal Dipentaskan Di Minggu Fesyen Paris

MaryKate&Ashley CFDAMary-Kate dan Ashley Olsen di CFDA Fashion Awards. (Gambar: TPGVIP)

 
Perubahan saat terakhir di jadual Minggu Fesyen New York apabila pementasan koleksi Musim Bunga 2016 label The Row milik pasangan kembar Mary-Kate dan Ashley Olsen ditukar ke Minggu Fesyen Paris.
 
Ini bukanlah kali pertama label yang baru sahaja menerima anugerah CFDA Womenswear Designer of the Year itu memindahkan lokasi pementasan mereka. Sebelum ini, pementasan koleksi Musim Bunga 2011 jenama itu terpaksa dibatalkan kerana penghantaran lewat helaian sampel. Namun ianya kemudian dipentaskan di Paris.
 
Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai perancangan label itu di Minggu Fesyen Paris.