Tatahan Berlian Wanita Minimal Oleh Goldheart - Glam Malaysia

Tatahan Berlian Wanita Minimal Oleh Goldheart

Bagi menafsirkan makna Aidilfitri lebih mewah, Goldheart membingkiskan tiga rangkaian utama untuk wanitanya dalam asosiasi minimal.

 

Jenama yang melantangkan mesej cinta dan atmosfera romantis pada setiap rekaannya ini mengilhamkan penggayaan baru buat pencintanya. Goldheart yang diperkenalkan di Malaysia pada 1994 juga terkenal dengan penggunaan berlian bermutu tinggi lalu kombinasi emas putih dan platinum yang diadun bersama memberi ekspresi pembuatan yang cukup mewah. Oleh itu, rekaan Goldheart sering dijadikan pilihan utama buat mempelai juga sebagai idea bingkisan momen bersejarah.  Sempena Aidilfitri ini, Goldheart turut mencipta detik baru buat wanitanya dalam memperkenalkan Lovelock, Espoir dan Adorn by Le Lumiere.

 
[envira-gallery id=”69033″]

Alam percintaan yang abadi mencetuskan idea yang menjelmakan loket Love Lock 18 karat. Mainan antara tatahan berlian dan emas merah kemudian disatukan dengan emas putih menjadikan ia lebih sempurna. Sentuhan seksi dan sweet ini turut digarapkan menerusi Espoir dengan rantai adjustable serta loket mini berjurai. Espoir turut diberi gabungan emas putih serta palladium yang dikatakan dapat memberi aura positif pada si pemakai. Juga, lengkapkan raya tahun ini dengan cincin berlian Platinum Adorn by Le Lumiere yang sarat berlian agar tersimpul maksud Aidilfitri yang lebih mewah.

See also
Best Halloween Costumes! Dari Kendall Jenner 'Forest Fairy' Ke Gigi Hadid 'The Mask'!

 
[soliloquy id=”69032″]