Street Fashion Meets High Fashion: Vans x Karl Lagerfeld - Glam Malaysia

Street Fashion Meets High Fashion: Vans x Karl Lagerfeld

Dalam satu berita gembira untuk dunia fesyen pula, jenama streetwear popular Vans bakal berkolaborasi dengan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen mewah, Karl Lagerfeld untuk satu koleksi kasut dan pakaian yang bakal dilancarkan pada 7 September ini.

 

Dalam usaha untuk menggabungkan kedua-dua elemen daripada dua jenama besar ini, rekaan checkerboard signatur Vans yang akan menampilkan profil ikonik Lagerfeld dengan fabrik boucle huruf ‘K’ quilted.

 

Kolaborasi ini juga akan memberikan interpretasi baru kepada enam kasut kalsik daripada Vans termasuklah Sk8-Hi laceless platform dan Old Skool laceless dalam versi kulit dengan huruf bermotif quilt bertapakkan platform putih dan juga  Classic Slip-On Vans.

 

Selain itu beberapa ceraian pakain juga bakal dijual dalam koleksi kapsul ini seperti baju-T dengan imej Lagerfeld, jaket bomber, dan bag galas kulit premium yang berharga dalam rangkaian $40 hingga $300.