Skirt Mini Disanjung Semula! - Glam Malaysia

Skirt Mini Disanjung Semula!

Oleh: Aizat Aidid

 

Kebangkitan skirt mini gaya Cher Horowitz dalam filem Clueless menjadi momen penting buat kembalinya era skirt mini kepada umum. Biarpun filem itu sudah lebih 20 tahun berlalu namun penangan gaya mini skirt Cher kini kian gagah apatah lagi menjadi kunci gaya utama di pentas musim luruh 2016. Semua ini bermula daripada idea Mary Quant!

 

alicia-silverstone-melakonkan-watak-cher-mellaui-filem-cluel

Alicia Silverstone melakonkan watak Cher melalui filem Clueless dan menyaksikan kegemilangan semula gaya skirt mini.

 

Ada percanggahan pendapat mengenai siapakah pereka pertama yang menghasilkan skirt mini ini sama ada Mary Quant ataupun Andre Courreges. Ini kerana kedua-duanya melancarkan koleksi skirt mini masing-masing pada 1964. Quant mendapat idea nama skirt mini daripada kereta The Mini.

 

November 1965:  Chelsea fashion designer and make-up manufacturer Mary Quant.  (Photo by Keystone/Getty Images)

Mary Quant merasakan era 60-an adalah masa untuk menjadi lebih seksi dan agresif.

 

Para pelakon wanita dalam rancangan televisyen Space Patrol yang popular pada dekad 50-an disarungkan skirt pendek atas lutut dan ianya dilihat sebagai uniform wanita pada masa akan datang. Uniform skirt mini juga muncul di dalam Star Treck sehingga terlancarnya trend Space Age yang dipopularkan oleh Andre Courreges.

See also
Fokus - Bicara Blaine Robert, Pengarah Kreatif & Blaine Robert Design Sdn Bhd

 

raquel-welch-menyarungkan-skirt-mini-pierre-cardin-yang-bers

Raquel Welch menyarungkan skirt mini Pierre Cardin yang berselerakan Space Age.

 

Biarpun kebangkitan gaya skirt mini ini sedang berkembang, namun ada juga mereka yang menidakkan trend popular. Coco Chanel menyifatkan skirt mini adalah ceraian yang just awful dan dia tidak pernah bertemu dengan lelaki yang sukakan wanita berskirt mini.

 

biarpun-coco-chanel-tidak-suka-pada-skirt-mini-namun-karl-la

Biarpun coco Chanel tidak suka pada skirt mini, namun Karl Lagerfeld merai ceraiana ini sehingga menjadi satu item ikonik moden Chanel sekarang.

 

Skirt mini ini juga dilihat sebagai satu medium demonstrasi yang digunakan oleh wanita era 60-an. Ketika itu masih wujud sifat pilih kasih di antara wanita dan lelaki di pejabat. Maka lahirlah semangat feminism dan tercetusnya idea kawalan kelahiran.

 

crop

Skirt mini di pentas musim luruh 2016 oleh Zimmermann.

 

Masih wujud pihak yang cuba untuk menghentikan trend skirt mini ini seperti yang dicadangkan oleh Ahli Majlis utama di Alabama pada 2015. Beberapa bulan kemudian Kansas pula melarang pekerja wanita mereka menyarungkan skirt mini ke pejabat.

See also
"Saya Pasang Impian Mahu Menjadi Atlet Professional" - Siti Safiyah