Sinergi Kolaborasi Coach dan Disney

Fesyen

Sinergi Kolaborasi Coach dan Disney

344
1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kolaborasi di antara Coach dengan Disney menguatkan lagi sinergi yang cuba di bangkitkan oleh Stuart Vevers dalam meraya seni legasi tradisional Amerika Syarikat. Himpunan ini diserikan dengan kartun ikonik Disney untuk memberi impak pada masa hadapan.

 

 

Antara memori pertama Stuart Vevers mengenai Amerika Syarikat adalah kartun Mickey Mouse. Ia menjadi satu elemen penting buat kanak-kanak seluruh dunia mengenali tentang kartun dan dikeluarkan oleh Disney. Maka setelah Vevers menjejak kakinya di pejabat Coach di New York, kolaborasi yang mahu dilakukannya adalah bersama Disney. Pemilihan dua unit besar ini berkerja sama menjadikan satu himpunan fesyen yang cukup unik. Malah ia membiaskan rasa nostalgia kepada mereka yang membesar dengan kartun yang dikeluarkan oleh Disney.

 

Kolaborasi ini diteruskan dengan jayanya dengan satu lagi koleksi dikeluarkan pada pertunjukan musim bunga 2019 di New York. Vevers kali ini memberi fokusnya pada haiwan-haiwan yang punya karakter comel. Ada anjing daripada cerita kartun 101 Dalmations yang dikeluarkan oleh Disney pada 1996. Karakter anjing itu menghiasi beg kamera Coach. Selain itu Dumbo juga membuat kemunculan pada koleksi Coach x Disney. Watak anak gajah itu bukan sahaja muncul di aksesori malahan pada beberapa ceraian siap pakai.

 

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *