Siapakah Destry Allyn Spielberg? - Glam Malaysia

Siapakah Destry Allyn Spielberg?

Introducing the next fashion It-Girl: Destry Allyn Spielberg!

 

 

 

Destry bukan sahaja dilahirkan dalam salah satu keluarga terkenal Hollywood (bapanya pengarah filem, Steven Spielberg), malah beliau juga bakal menempa nama dalam pentas peragaan barat! Mengikut E! News, Destry telah diberi kontrak peragaan oleh DT Model Management dan sudah mula membuktikan kebolehannya dalam kempen dan penggambaran fesyen!

 

Desrty  sememangnya sudah mempunyai pengalaman berjalan di karpet merah; beliau menghadiri pelancaran butik Ralph Lauren di Beverly Hills baru-baru ini. Model yang hanya berusia 19 tahun ini juga telah menghadiri majlis makan malam Dianne von Furstenberg bagi meraikan pengarah kreatif baru mereka yakni Jonathan Saunders.

 

 

 

 

 

We can’t wait to see more of this blonde beauty soon!

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah