Seri Puteri Eugenie Dengan Dress Perkahwinan Istimewa Membawa Makna

Seri Puteri Eugenie Dengan Dress Perkahwinan Istimewa Membawa Makna

Mencuri perhatian seketika daripada sepupunya, Puteri Eugenie telah melangsungkan perkahwinannya bersama Jack Brooksbank di Gereja St George dalam perkarangan Istana Windsor. Beberapa bulan selepas Putera Harry dan Meghan Markle exchanged vows di lokasi yang sama.

 

Sambil disaksikan jutaan penonton serata dunia dan 800 tetamu jemputan, Puteri Eugenie telah mengenakan busana rekaan Peter Pilotto sebagai busana perkahwinannya. Dress serba putih dengan siluet berkorset yang diserikan lagi dengan full pleated skirt telah dihasilkan dengan teliti oleh Puteri Eugenie sendiri bersama-sama Pilotto dan Christopher De Vos.

 

Yang membuatkan dress ini  lebih istimewa adalah perincian-perincian kecil ditampilkan sekali yang melambangkan hubungan antara Puteri Eugenie dan Brooksbank. Seperti tisel yang melambangkan minat mereka kepada Balmoral, shamrock menunjukkan asal-usul keturunan Puteri Eugenie, dan yang paling utama adalah potongan low back pada dress tersebut menunjukkan parut daripada pembedahan yang beliau lalui pada usia 12 tahun.

 

Turut menaikkan lagi keanggunan Puteri Eugenie pada hari istimewa ini adalah tiara Kokoshnik zamrud Greville yang dipinjamkan oleh Ratu Elizabeth dan sepasang anting-anting mutiara dan zamrud yang merupakan hadiah daripada suaminya.

 

Waris ke-lapan dalam pewarisan takhta diraja England, Puteri Eugenie mempunyai kelonggaran dalam setiap keputusannya dan jelas sekali setiap satu keputusannya menunjukkan yang dia masih mengambil serius akan statusnya dan juga sebagai seorang wanita yang bekerjaya.

6 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse